Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

CEO Kaki Review Minta Maaf Ke Jason, Akui Buat Video Ketika Sedang Emosi

TikToker, CEO Kaki Review minta maaf ke Jason selepas beberapa video termasuklah perkongsian terbaru yang dikatakan memerli pempengaruh tersebut tular di media sosial.

Dalam hantaran yang dibuat CEO Kaki Review, dia telah memohon maaf kepada Jason dan mengakui semua kesilapannya selama ini.

@ceokakireview

assalammualaikum,ak ceo kaki review dengan rasa rendah diri,aku ingin mohon maaf pada jason dengan apa yang berlaku sebelum ni..haritu aku emosi,aku tak kawal..aku minta maaf jason..

♬ original sound – KAKI REVIEW 🇲🇾 – KAKI REVIEW 🇲🇾

Advertisement. Scroll to continue reading.

CEO Kaki Review minta maaf, dah mesej Jason secara peribadi

Jelasnya, dia akui membuat video serta berkongsi perkara tersebut di platform TikTok miliknya ketika sedang beremosi lebih-lebih lagi selepas dikecam teruk netizen sejak kebelakangan ini.

Ujar TikToker yang membuat ulasan makanan itu lagi, dia sudahpun menghantar mesej secara peribadi kepada Jason bagi meminta maaf serta berharap masalah antara mereka sudah selesai.

“Aku dah DM Jason secara peribadi. Aku dah minta maaf dengan dia. Aku mengaku silap aku, aku mengaku silap aku,
“Masa tu, aku post video waktu tengah marah jadi aku tak dapat kawal,” jelasnya.

CEO Kaki Review minta maaf, Jason dah maafkan

Dia turut membuat permohonan maaf kepada semua pengikut Jason diatas keterlanjurannya dalam berkata-kata sehingga membuatkan banyak pihak tidak selesa.

Dapat dilihat Jason turut meninggalkan komen di video permohonan maaf itu dengan menyatakan bahawa dia ambil maklum perkara tersebut serta mengucapkan selamat berbuka puasa kepada CEO Kaki Review.

Advertisement. Scroll to continue reading.

CEO Kaki Review Minta Maaf

Artikel lain: Hina Agama & Makan Babi, TikToker Islam Dipenjara Dua Tahun

Baguslah dah minta maaf

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meminta semua pihak untuk ‘move on’ kerana kedua-dua pihak sudah berdamai.

Mereka juga menghargai keberanian CEO Kaki Review kerana berani mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Jom la kita sama-sama move on

Cukup-cukuplah kita saling mengecam

Terdahulu, tindakan CEO Kaki Review tular di media sosial apabila mengkritik tindakan Jason dalam mengulas makanan sehingga mendakwa pempengaruh tersebut menjatuhkan perniagaan orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, perkara itu dijelaskan oleh Jason dan CEO Kaki Review menafikan ia bercakap tentang Jason kerana tidak menyebut nama.

Terbaru, dia sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen apabila membuat review makanan sambil menunjukkan beberapa orang menari seakan Jason di belakangnya sehingga menui pelbagai komen negatif di media sosial.

Sumber: TikTok CEO Kaki Review

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd