Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Budak Enam Tahun Belajar Bawa Kereta Dari YouTube, Perhati Cara Bapa Memandu

Kanak-kanak lelaki enam tahun yang tular kerana memandu kereta milik keluarganya mendakwa dia belajar membawa kenderaan tersebut melalui tontonan video di saluran YouTube.

Menurut laporan Utusan, hasil siasatan mendapati dia turut mengamati ataupun memerhati cara pemanduan bapanya setiap kali mereka menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya juga menafikan bahawa kanak-kanak itu mempunyai simulator membawa kenderaan di rumahnya.

“Gambar yang ditularkan (simulator) tersebut bukan gambar kanak-kanak yang memandu kereta Toyota Vios sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya hari ini.

Ni kanak-kanak lain…

https://www.facebook.com/liendahamid/posts/pfbid0LoGyGUHQ1UExdWaEG7qR7XzqQBWx38WYEtUj8sZ9NuZYRdXvBPFhEeqw9mP9yrCyl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian malam Selasa lalu, kanak-kanak berkenaan memandu sejauh 2.5 kilometer dari rumah bersama adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai bagi membeli mainan.

Bagaimanapun, kenderaan Toyota Vios berwarna putih itu telah terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga berhampiran Kampung Titi Chanwang, Langkawi kira-kira jam 11.15 malam.

Sebelum ini, polis mengesahkan kanak-kanak terbabit mengetahui fungsi pedal minyak dan gear kenderaan bapanya selain menunjukkan cara menghidupkan enjin serta menurunkan brek tangan.

Susulan itu, lima saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri di Alor Setar tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan (Nur Amalina Azman)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd