Connect with us

Infozon

Bosan Duduk Di Rumah, Remaja Hilang Selepas Masuk Ke Dalam Hutan

Seorang remaja Mohd Alizam Ali Safari memberitahu ibunya bahawa dia terlalu bosan duduk di rumah sebelum masuk ke dalam hutan bersama anjing peliharaan.

Namun lain pula yang terjadi apabila operasi mencari dan menyelamatkan dilakukan di daerah Limbang setelah budak berkenaan dipercayai hilang.

Walau bagaimanapun, nasib baik apabila remaja yang berusia 14 tahun itu pulang ke rumah dengan sendirinya selepas hampir dua hari berada di hutan.

Kejadian berlaku pada 31 Mac di Kg Berawan, Limbang. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, remaja itu pulang pada 1 April, malam Rabu.

“Pada malam Selasa dalam pukul 8, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Limbang dengan mengatakan bahawa anaknya telah hilang.
“Balai polis menghubungi pihak bomba untuk mencari keberadaan remaja tersebut. Ibu mangsa juga mengatakan anaknya bosan kerana duduk di rumah sepanjang masa
“Lalu, dia keluar dari rumah dengan membawa sebilah parang dan terus masuk ke hutan yang ada di belakang rumah dengan seekor anjing mengikutinya.

“Setelah malam tiba, anjing tersebut pulang terlebih dahulu tetapi remaja itu telah hilang. Bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat pada malam Selasa,” ujar pihak bomba

Pihak bomba telah menghantar seramai 11 orang untuk mencari dan disertai 11 orang polis serta tujuh anggota tentera selain beberapa orang kampung.

Pada malam Rabu, remaja itu pulang dengan sendirinya dalam keadaan sihat. Remaja tersebut dikenalpasti sebagai warga Brunei yang tinggal di Kg Limbang.

Sumber: The Star

Continue Reading
Advertisement

Trending