Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Beasley Malu, Aksi Kencing Tepi Padang Nampak Kemaluan Dirakam

Bekas pemain bola sepak Amerika Syarikat (AS), DaMarcus Beasley membuat sebanyak 126 penampilan untuk negaranya sejak tahun 2001 hingga 2017.

Malah, dia juga pernah diletakkan di tempat ketujuh dalam senarai penampilan sepanjang penampilannya dalam perlawanan.

Namun, ada satu momen yang paling diingati ketika dia hadir ke sebuah perlawanan tetapi tidak berada di padang untuk bermain.

Walaupun dia tidak bermain, namun aksi Beasley berjaya mencuri perhatian jurukamera bertugas apabila dia dirakam kencing di tepi padang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beasley berkata, walaupun insiden berkenaan sudah lama berlaku iaitu pada tahun 2002 sewaktu US menentang Mexico, namun ia merupakan pengalaman tidak dapat dilupakan sehingga kini.

Katanya, dia malu apabila mengenang semula aksi kencing sehingga nampak zakar tular dan menjadi tatapan umum.

Malah, tindakan Beasley turut dipersoalkan memandangkan dia tidak beraksi dan sudah pastinya mempunyai banyak masa untuk pergi ke tandas pada waktu itu.

Lebih memalukan, video Beasley itu sentiasa ditayang semula apabila tibanya musim Piala Dunia diadakan. Kini, video berkenaan kembali tular memandangkan sekarang sedang berlangsungnya Piala Dunia 2022 di Qatar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Beasley juga bermain untuk negaranya pada tahun 2006, 2010 dan 2014 dan membuat sebanyak 17 jaringan dalam 124 penampilan antarabangsa.

Pada tahun 2019, Beasley membuat keputusan untuk bersara selepas lima tahun bersama Houston Dynamos, manakala dia bersara dari pasukan US pada 2017.

Sumber: dailystar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd