WTF
Bayi Dicampak Dari Tingkat 4, Retak Tempurung Kepala & Kecederaan Di Hati

Semalam, media ada melaporkan kisah tragis seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan telah dicampak daripada tingkat 4, di sebuah rumah flat oleh ibunya sendiri.
Bayi tersebut yang ditemui masih hidup, bagaimana pun dimaklumkan mengalami retak pada tempurung kepala dan kecederaan di hati.
Retak tempurung kepala
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan A A Anbalagan berkata, bayi itu akan dirujuk kepada pakar dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan kecederaan yang dialaminya.
“Maklumat daripada doktor mendapati bayi berkenaan mengalami kecederaan terbabit dengan luka sepanjang dua sentimeter di kepalanya…”
Jiran dengar dentuman kuat
Bayi malang tersebut berjaya diselamatkan, apabila penduduk setempat terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah pada pagi Rabu semalam.
Siasatan polis mendapati gadis yang berusia 18 tahun itu tergamak mencampak bayinya, kerana panik setelah melahirkan anak itu tanpa pengetahuan ibu dan bapanya.
Susulan daripada itu, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai telah ditahan oleh pihak polis bagi siasatan lanjut.
Sumber : Harian Metro

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit