Connect with us

WTF

Bapa Dipenjara 30 Bulan Akibat Paksa Anak Tandatangan Kontrak “Tidak Boleh Gemuk”

Isi berat badan memang merupakan sebuah perkara yang sensitif untuk dibincangkan, terutamanya di kalangan wanita. Sebab itu orang dulu-dulu berpesan, sebelum nak berkata apa-apa, fikir dahulu kerana sebab mulut badan binasa.

Lebih-lebih sekarang sudah ada tindakan undang-undang untuk sesiapa yang “body shaming” orang lain secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Terbaru, ada kisah yang berlaku tentang seorang bapa telah dipenjara 30 bulan akibat terlalu taksub dengan rutin kecergasan sehingga memaksa tiga orang anaknya, Amira, Karim dan Hitcham untuk menandatangani sebuah kontrak yang keterlaluan dan tidak masuk akal.

Lelaki yang berusia 56 tahun itu dikenali sebagai Rachel Khadla telah bertindak memaksa tiga orang anaknya untuk mengikut rutin yang ditetapkannya dan rutinnya itu boleh membahayakan nyawa anak-anaknya.

Akibat tidak tahan akan penderaan yang dilakukan oleh bapa mereka, tiga beradik itu telah nekad membuat keputusan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, selain dari dipaksa untuk mengikut rutin yang tidak masuk akal tersebut, mereka juga diwajibkan untuk menimbang berat badan setiap minggu.

Lebih mengejutkan lagi, dia telah memaksa anak perempuan tunggalnya, Amira untuk menandatangi kontrak tersebut,

“Saya tidak akan membiarkan diri saya gemuk, saya akan melakukan banyak latihan untuk memastikan saya tidak akan gemuk walaupun saya MATI”

Menurut mahkamah Reading Crown Court, kerana tertekan dengan situasi tersebut, Amira mengalami masalah gangguan pemakanan.

Amira juga berkata yang dia merasakan yang dirinya diperlakukan seperti orang bodoh dan tidak berharga. Kerana perbuatan bapanya itu, dia hilang keyakinan diri dan mengalami masalah gangguan pemakanan.

Saya hilang keyakinan diri dan mengalami gangguan makan. Hidup saya terjejas ketika membesar, kami tidak menjalani kehidupan normal atau mempunyai masa kanak-kanak yang gembira.”

Tambahan lagi, selain dari mengawal pemakanan anak-anaknya, Khadla juga dikatakan mengawal kehidupan anak-anaknya termasuk akses kepada internet, telefon bimbit dan kunci rumah.

Sumber : Metro.UK

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending