Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mangsa Rumah Musnah Sepenuhnya Terima Bantuan RM10,000 – Amirudin Shari

Bantuan kepada mangsa tragedi kebakaran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights ditingkatkan dari RM5,000 kepada RM10,000 setelah menerima dana tambahan daripada Petronas.

Menurut laporan Buletin TV3, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sumbangan tersebut akan mula diagihkan mulai hari ini kepada 219 penerima pertama daripada 613 keluarga setelah proses pengesahan maklumat selesai dijalankan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Amirudin shari bantuan 10,000

Foto: Utusan Malaysia

Bantuan RM 10,000 kebakaran Putra Heights

Dalam pada itu, Amirudin memberitahu rumah yang diklasifikasikan sebagai musnah sepenuhnya akan menerima sumbangan RM5,000 daripada Petronas yang diurus selia oleh Kerajaan Negeri dan RM 5,000 sebagai tambahan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, menjadikan nilai keseluruhan bantuan diterima sebanyak RM10,000.

“Jumlah sumbangan untuk rumah yang musnah sepenuhnya adalah sebanyak RM5,000 daripada Petronas yang dikawal selia kerajaan negeri dan RM5,000 lagi daripada Kerajaan Persekutuan.
“Ini bermakna, rumah kategori ‘total loss’ akan menerima RM10,000,” kata Amirudin di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, hari ini.
Amirudin shari bantuan 10,000

Foto: BebasNews

Tambahan pula, untuk rumah yang terkesan akibat tragedi tersebut namun tidak musnah sepenuhnya akan menerima bantuan sebanyak RM2,500 daripada Petronas dan tambahan RM2,500 daripada kerajaan persekutuan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,000.

“Manakala rumah yang terkesan dan penyewa akan menerima RM2,500 daripada Petronas dan RM2,500 lagi daripada Kerajaan Persekutuan, justeru mereka akan mendapat RM5,000 keseluruhan,” ujarnya.

Dalam pada itu, bantuan tersebut akan cuba diselesaikan sehingga Jumaat ini selepas mangsa yang terlibat membuat pengesahan laporan kehadiran ke PPS yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (PBD).

Artikel lain: Insiden Putra Heights: Takaful Malaysia Sumbang RM100,000 Bantu Mangsa

Advertisement. Scroll to continue reading.
Amirudin shari bantuan 10,000

Foto: Kosmo!

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar Ahli Parlimen Gombak itu bersama Petronas untuk memberikan segala bantuan dan usaha koordinasi berkaitan insiden kebakaran di Putra Heights diselaraskan secara langsung bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa terlibat akan tragedi itu.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Sosial

Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd