Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Bakal Tampilkan Faisal Halim, Harimau Malaya: The Untold Story Julang Sukan Bola Sepak Negara

Filem Harimau Malaya: The Untold Story, sebuah naskhah yang julang sukan bola sepak tanah air bakal bertemu dengan para penonton tidak lama lagi.

Memetik laporan Kosmo!, filem ini bakal memaparkan realiti di sebalik dunia bola sepak disamping menjadi tanda penghargaan buat barisan atlet, jurulatih dan penyokong tegar Harimau Malaya iaitu Ultras.

Foto: Wilayahku

Penerbit Eksklusif, Nashrul Nasir berkata terlalu banyak mesej yang mahu mereka sampaikan menerusi naskhah tersebut termasuklah kejayaan Harimau Malaya yang layak secara merit ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami percaya ada banyak kisah inspirasi yang boleh diambil daripada Harimau Malaya: The Untold Journey seperti cerita selepas jurulatih, Tan Cheng Hoe meletak jawatan pada Januari 2022.
“Sebagai penerbit, saya yakin dengan kepakaran Afdlin menulis skrip dan mengarahkan filem ini yang bertemakan kesukanan tanpa mengetepikan nilai komersial.
“Harimau Malaya: The Untold Journey adalah sebuah filem wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana sukan mampu menyatukan kita semua,” katanya.

Artikel lain: Perang Melawan Negara Api, Avatar: The Last Airbender Akan Kembali Untuk Musim Kedua Dan Ketiga

Tambahnya, beliau yakin filem yang mengetengahkan tema sukan mampu membuka mata banyak pihak tentang kesungguhan pasukan kebangsaan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Saya juga percaya, filem ini bukan sekadar beri inspirasi, tetapi boleh mencetuskan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Bukan itu sahaja, disebabkan filem ini juga, para pencinta bola sepak akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad kebangsaan yang selama ini berjasa dalam mengharumkan nama negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nashrul juga menyatakan bahawa 70 peratus daripada filem tersebut bakal memaparkan situasi sebenar yan berlaku dalam sukan bola sepak tanah air.

Harimau Malaya: The Untold Story julang sukan bola sepak

Foto: MakanBola

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang akan ada babak sensitif seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kena kecam susulan prestasi buruk pasukan negara.
“Namun, usah lihat daripada sudut negatif semata-mata tetapi fokuslah aspek lebih positif iaitu usaha FAM dalam memperbaiki keadaan dan kelemahan bagi memastikan pasukan negara kembali bangkit,” jelasnya.

Sementara itu, pihak penerbitan hanya membawa seorang pemain kebangsaan iaitu Faisal Halim atau Mickey sebagai penampilan instimewa dalam filem ini.

“Hanya Mickey akan kami tampilkan dalam filem ini.
“Mickey dipilih selepas berjaya menjaringkan gol ketika menentang Korea Selatan pada aksi Piala Asia 2023 baru-baru ini.
“Harapnya dengan kemunculan Mickey dapat menarik lebih ramai penonton ke pawagam kelak,” kongsinya.

Foto: MalaysiaPost

Menurutnya, penggambaran filem tersebut telahpun selesai dijalankan dan dijangka ditayangkan sekitar pertengahan tahun ini.

Filem terbitan 4wards Pictures Sdn. Bhd. berkenaan mengambil inspirasi daripada kisah perjuangan skuad Harimau Malaya di peringkat kelayakan sehingga menempah tiket ke Piala Asia 2022 secara merit selepas penantian 42 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem ini bakal dibintangi oleh pelakon Merqeen, Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Tony Eusoff, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.

Sumber: Kosmo! (Nur Emira Saizali)

+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd