Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Perang melawan Negara Api, Avatar: The Last Airbender Akan Kembali Untuk Musim Kedua Dan Ketiga

Netflix mengumumkan akan memperbaharui dan menayangkan kembali rancangan TV kisah epik Avatar: The Last Airbender untuk musim kedua dan ketiga pada hari ini.

Menerusi laporan Tudum, Netflix memuat naik satu video berdurasi 1.55 saat di laman web memaparkan reaksi barisan pelakon rancangan TV tersebut berhubung pengumuman lanjutan untuk musim berkenaan.

Foto: Netflix

“Mereka (produksi Netflix) kata, mereka tidak boleh umumkan musim kedua kerana mereka berbesar hati untuk mengumumkan musim kedua dan ketiga,” katanya.

Selepas pengumuman itu dibuat, semua barisan pelakon dilihat terkejut sekali gus bergembira kerana rancangan TV itu akan dilanjutkan lebih lama dari yang mereka bayangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Avatar: The Last Airbender telah menjadi rancangan TV berbahasa Inggeris nombor satu sejak ditayangkan dua minggu lalu dan mengumpul 41.1 juta tontonan dalam masa 11 hari pertama penyiarannya.

Penggambaran semula aksi langsung siri animasi Nickelodeon yang terkenal, Avatar: The Last Airbender ini mengisahkan tentang Aang satu-satunya Avatar titular yang mampu menguasai keempat-empat elemen iaitu udara, air, api, dan bumi.

Foto: Collider

Pada musim Pprtama, Aang bangun selepas tidur selama 100 tahun mengetahui dunia sedang diancam oleh Negara Api yang berusaha untuk menundukkan Bumi dan Negara Air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan bantuan rakan-rakannya, Aang memulakan perjalanan untuk memulihkan keseimbangan dunia dan dapat menghentikan Negara Api.

Sementara itu, pelakon watak Avatar Sun-Hyung Lee menunjukkan keterujaannya untuk mengetahui kelanjutan rancangan TV tersebut kerana masih banyak ketergantungan dalam Avatar: The Last Airbender.

“Oh, saya mahu menjalani pengambaran musim kedua dan ketiga sekarang,” katanya.

Namun begitu, masih belum ada maklumat lanjut mengenai jalan cerita yang akan dilakukan oleh Aang dan rakan-rakannya untuk musim kedua dan ketiga.

Nantikan perkembangan lanjut daripada Netflix berkaitan rancangan TV ini yang akan disiarkan nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd