Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anwar Ibrahim Terus Gunakan Petikan Ayat Al-Quran, Rujuk JAKIM Elak Kontroversi

Walaupun dikecam selepas menggunakan kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus gunakan petikan ayat suci al-Quran dan tafsir dalam ucapannya.

Foto: The Star

Menurut Anwar, kali ini bagi mengelakkan kontroversi seperti itu berlaku lagi, beliau akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu, lapor Sinar Harian.

“Tapi dalam kes ini saya nak sebut bukan hendak pertahankan pendirian. Saya baca ayat al-Quran dan ada yang menggupas seolah-olah saya tidak baca ayat al-Quran,” katanya dalam Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada Isnin.

Walau bagaimanapun, beliau turut menyatakan rasa kesyukuran apabila ucapannya mendorong perbahasan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kolaborasi Bersama Alan Walker, Netizen Bangga Kejayaan Putri Ariani

“Saya anggap ini satu perkembangan positif walaupun serangan itu saya rasa keterlaluan.
“Saya syukur kerana apa yang dilontarkan di perhimpunan ini menimbulkan minat terutama kepada anak-anak muda untuk membaca dan menelaah.
“Penting bulan-bulan lain untuk saya baca ayat al-Quran lain tafsir supaya mengalakkan ada perbahasan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut memberikan peringatan kepada orang ramai agar berpada-pada dalam menegur dan mengkritik seseorang.

Anwar Ibrahim terus gunakan petikan ayat al-Quran

Foto: The Malaysian Reserve

“Jangan sesekali mencela dan menghina apa lagi menuduh orang itu melaknatkan atau menyesatkan,” katanya.

Pada perhimpunan sama bulan lalu, Anwar telah memetik kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi seperti yang terdapat dalam surah al-Kahfi bersama tafsiran dalam ucapannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia menjadi tular selepas seorang penceramah bebas mengupas isu berkenaan sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd