Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ancaman Koronavirus Baharu Berpotensi Ulang Krisis Covid-19

Sejenis koronavirus baharu yang mempunyai persamaan dengan COVID-19, dipercayai berpunca daripada kelawar berpotensi menjangkiti sel manusia, telah menimbulkan kebimbangan kerana berkemungkinan berlakunya pandemik.

Berpotensi ulang krisis Covid-19

Menurut para saintis, virus yang dikenali sebagai CcCoV-KY43 itu didapati mampu melekat pada reseptor sel yang terdapat dalam paru-paru manusia.

Virus tersebut dibawa oleh spesies kelawar heart-nosed yang lazimnya ditemui di beberapa kawasan di Afrika Selatan, termasuk bahagian timur Sudan, sebahagian Kenya serta utara Tanzania.

Hasil kajian oleh pasukan penyelidik dari Britain dan Kenya menunjukkan bahawa setakat ini virus berkenaan masih belum menjangkiti manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, ia mempunyai keupayaan untuk memasuki sel manusia dengan memanfaatkan beberapa reseptor tambahan bagi tujuan jangkitan.

CcCoV-KY43 itu dikenal pasti selepas ujian dijalankan di Nairobi, tetapi pengesahan awal mendapati ia belum tersebar dalam kalangan komuniti setempat.

Artikel lain: Jaga Diri, Dr Noor Hisham Sahkan Dua Varian Utama China Dikesan Di Malaysia

Penemuan ini dianggap penting kerana ia dapat membantu usaha kesiapsiagaan manusia terhadap kemungkinan penularan pada masa hadapan, termasuk pembangunan vaksin serta ubat antivirus sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Sun (Emily Stearn)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd