Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkukuh Perundangan, Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa Hari Ini

Akta Perhutanan Negara

Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667] di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan hutan simpanan kekal (HSK), mula berkuat kuasa hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya telah menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa itu selepas mendapat perkenan Diraja pada 7 September 2022 dan disiarkan dalam Warta pada 20 September 2022.

Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa Hari Ini

Menurut beliau, penguatkuasaan Akta A1667 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilaksanakan serentak dengan penguatkuasaan Kaedah-kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 [P.U.(A) 50/2025] yang mengandungi peruntukan bagi melaksanakan proses siasatan awam sebelum sesuatu kawasan HSK di Wilayah Persekutuan diwarta keluar.

“Penguatkuasaan P.U.(A) 50/2025 menjadikan Wilayah Persekutuan (JPWP) sebagai negeri kedua yang mempunyai perundangan dan prosedur bagi menjalankan siasatan awam sebelum pewartaan keluar HSK selepas Selangor. Kaedah-kaedah ini memperincikan proses kerja di peringkat sebelum, semasa dan selepas siasatan awam dijalankan.
“Kaedah-kaedah ini boleh dijadikan rujukan kepada negeri-negeri lain yang pada masa ini sedang menggubal perundangan subsidiari masing-masing bagi menguatkuasakan Akta A1667,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: NRES Arah MET Malaysia Tambah Baik SOP Amaran Cuaca

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nik Nazmi berkata, secara keseluruhannya, Akta A1667 mengandungi 62 peruntukan yang melibatkan pindaan dan penambahbaikan meliputi perkara-perkara seperti memperketatkan proses pewartaan keluar dan penggantian hutan simpanan kekal (HSK) dengan memperkenalkan keperluan siasatan awam sebelum sesuatu HSK diwarta keluar.

Seterusnya, HSK yang diwarta keluar perlu diganti serentak dengan kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar.

Ia bagi memantapkan penguatkuasaan hutan dengan memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk melantik pegawai perhutanan Persekutuan untuk membantu PBN menjalankan penguatkuasaan di lapangan, serta memberi kuasa kepada pegawai hutan untuk membuat pemeriksaan ke atas orang yang disyaki dan mengadakan sekatan jalan ke atas pengangkut yang disyaki melakukan kesalahan hutan.

Selain itu, meningkatkan kadar denda dan hukuman ke atas kesalahan hutan iaitu denda maksimum bermula RM20 ribu hingga RM5 juta berbanding peruntukan asal iaitu antara RM10 ribu hingga RM500 ribu, termasuk hukuman penjara maksimum dinaikkan kepada tujuh tahun hingga 20 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, ia juga mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas, antaranya mengenai pelucuthakan deposit sekiranya berlaku pelanggaran lesen atau permit serta pemberian kuasa kepada PBN untuk mengenakan dan menerima fi bagi perkhidmatan hutan.

“Pada masa ini, keluasan keseluruhan HSK di Wilayah Persekutuan ialah 152.97 hektar yang merangkumi 84.689 hektar HSK di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 68.281 hektar HSK terletak di Wilayah Persekutuan Labuan.
“NRES melalui Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) sedang berusaha untuk menambah keluasan kawasan HSK di Wilayah Persekutuan dengan mewartakan kawasan Bukit Dinding, Mukim Ulu Kelang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seluas 20.05 hektar.
“Melalui pewartaan ini, kawasan ini akan dapat dilindungi dan dikekalkan sebagai kawasan hijau selain boleh bertindak sebagai green lung bagi kawasan di sekitarnya,”katanya lagi.

Tambahnya, pewartaan ini juga akan meningkatkan keluasan kawasan HSK di Wilayah Persekutuan khususnya dan negara amnya, sekaligus menyokong komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada kawasan tanah negara sebagai kawasan litupan hutan dan pokok-pokok.

“Saya percaya bahawa pelaksanaan Akta A1667 dan perundangan subsidiari P.U.(A) 50/2025 di Wilayah Persekutuan akan memantapkan pengurusan kawasan HSK dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap khazanah hutan negara yang tidak ternilai.
“Pelaksanaan dasar ini dijangka dapat mengukuhkan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu-isu berkaitan sosial, ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar secara berkesan,”ujar beliau.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Misteri penemuan beg merah berisi mayat seorang wanita berstatus janda di Ngawi, Indonesia, Khamis lalu akhirnya terbongkar apabila suspek lelaki yang bekerja sebagai jurujual...

Lokal

Seorang pengguna akaun Facebook, Cecilia Yap Song KL hari ini mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atas komen ditinggalkan di hantaran Facebook pelawak kontroversi, Harith...

Sukan

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Masters Indonesia 2025 selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di Istora...

Dunia

Susulan kes kemalangan menimpa lapan penuntut Malaysia di Mesir pada Ahad, Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd