Connect with us

Infozon

“Air banjir tu kotor, bawak penyakit” -Kanak2 berenang dalam rumah, tetap undang padah!

Sekarang ini, sememangnya musim tengkujuh dan banjir bagi negeri-negeri pantai timur di semenanjung Malaysia. Tetapi, bagi sesetengah individu, banjr ini ditunggu-tunggu untuk berseronok kerana sering dianggap sebagai pesta air.

Dilaman Twitter, seorang lelaki berkongsikan sebuah video yang merakamkan keadaan rumah dan ruang tamu yang dimasuki air banjir. Video tersebut telah mendapat hampir lebih 8,400 perkongsian dan 156,000 tontonan di laman Twitter.

“Budak2 tengah berseronok dalam rumah”

Namun, yang menjadi perhatian netizen ialah gelagat dua orang kanak-kanak, yang sedang berseronok berenang dalam rumah. Diakui sememangnya mengujakan apabila rumah dimasuki air banjir, tetapi keselamatan kanak-kanak tersebut mula dipersoalkan oleh netizen

Nak main boleh je, tapi…

Melihat kejadian yang berlaku dalam video berkenaan, ramai yang menasihatkan agar tidak bermain air banjir terutamanya di dalam rumah. Bukan sahaja mengundang bahaya dalam dia, malah boleh ditimpa penyakit tanpa sedar.

Air penuh bakteria, arus elektrik mungkin ada!

Memang air banjir ni kotor pun

Cuba perhati, mana tahu ada yang teranpung

Berhati-hatilah ketika menghadapi banjir. Utamakan keselamatan diri terutamya kanak-kanak. Malah, musibah banjir ini bukannya masa dan peluang untuk berseronok dan berhibur.

Sumber: Ahmad Imran.

Continue Reading
Advertisement

Trending