Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Agensi Bawah KKDW Diseru Hapus Budaya Silo – Ahmad Zahid

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyeru agensi di bawah kementerian tersebut menghapus budaya silo dan bersinergi dalam memacu ekosistem pembangunan luar bandar yang lebih holistik.

Agensi bawah KKDW diseru hapus budaya silo

Silo ialah budaya kerja secara bersendirian, berpisah mengikut jabatan di tempat kerja masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi mendepani cabaran akibat kekangan sumber dan kemajuan teknologi melalui Collaborative Framework atau Rangka Kerja Kolaboratif yang menumpukan kepada
perkongsian sumber, pengetahuan dan kepakaran untuk mencapai hasil optimum.

budaya silo

“Setiap agensi di bawah KKDW mempunyai peranan yang unik tetapi saling melengkapi.
“FELCRA berperanan dalam pembangunan tanah dan pertanian luar bandar, MARA melahirkan usahawan dan melaksanakan agenda pendidikan, JAKOA dalam memperkasakan masyarakat Orang Asli, dan RISDA dalam membangunkan pekebun kecil.
“Contoh FELCRA Berhad yang telah berkerjasama dengan JAKOA bagi membangunkan 52 buah projek rancangan orang asli (ROA), dengan keluasan hampir 6,800 hektar yang memberi manafaat kepada hampir 2,100 peserta orang asli,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulan Oktober KKDW di Wisma FELCRA Berhad di Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KKDW, FELCRA Lancar Inisiatif Projek Loji Janakuasa Biogas Terbesar

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, penggunaan Dashboard Komuniti Desa juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membolehkan akses kepada maklumat pertanian, pendidikan, latihan keusahawanan, dan bantuan dapat dipercepatkan dan diperkasakan.

“Dashboard ini juga dapat membantu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) supaya lebih efisien dalam mengurus tadbir kampung.
“Saya juga menyarakan jalinan kerjasama dengan pihak swasta seperti bootcamp literasi digital intensif melalui KEMAS, kerjasama dengan syarikat pelancongan untuk mempromosi pelancongan desa yang menonjolkan tradisi tempatan, kraf tangan, dan eko-pelancongan.
“Malah, memasarkan homestay atau rumah-rumah kampung yang sedia ada untuk menarik lebih ramai pengunjung ke perkampungan desa,” ujarnya.

Tambahnya, setiap agensi di bawah KKDW juga perlu mengorak langkah ke arah kemandirian dengan menjana pendapatan sendiri supaya tidak bergantung kepada peruntukan kerajaan dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu ini.

Turut hadir Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd. Khair Razman Mohamed Annuar, Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Idris Lasim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

budaya silo

Perhimpunan itu juga menyaksikan 20 pegawai KKDW termasuk Ketua Setiausaha KKDW menerima Watikah dan Pemakaian pangkat Pegawai Kehormat dan Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Pekerja Madani kepada sembilan kakitangan KKDW yang terpilih bagi menghargai sumbangan dan pencapaian mereka.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Nama pencipta kandungan di media sosial, Fendymojo menjadi bualan ramai selepas didakwa jual kek coklat premium bernilai RM39 namun berkulat. Menerusi video tular, wanita...

Sosial

Pempengaruh lepas geram membeli barangan kemas buat isteri tercinta selepas dikecewakan atas layanan salah seorang staf di kedai emas sebelum ini. Dia yang juga...

Sosial

Pengasas Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal), Herman Sudil meluahkan rasa bengang apabila seorang budak lelaki tujuh tahun di bawah jagaannya didakwa telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd