Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Guna Lagu Dangdut Untuk Video Tunai Umrah, Warganet Tuduh Dinar Candy Biadab

Penyanyi dangdut yang cukup sensasi di Indonesia, Dinar Candy dilihat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah baru-baru ini.

Dinar Candy Dituduh Biadab Guna Lagu Dangdut

Dinar Candy

Foto: Instagram @dinar_candy

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di Instagram, Dinar Candy atau nama sebenarnya Ai Dinar Miswari, mempamerkan dirinya sedang khusyuk berdoa di hadapan Kaabah di tengah-tengah kehujanan tetapi ditampilkan dengan sebuah lagu dangdut yang berentak rancak.

Susulan itu, penyanyi berusia 31 tahun tersebut dituduh biadab oleh segelintir masyarakat yang melihat videonya itu kerana dianggap tidak sesuai dengan situasi yang digambarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dinar Candy

Foto: Carian Google

Menyingkap ke ruangan kapsyennya pula, Dinar Candy memohon agar Allah SWT memberikannya rezeki yang luas serta keberkatan dan meminta orang ramai mengaminkan doanya tersebut.

“Ya Allah berikanlah rezeki yang banyak, netizen aminkan ya,” tulisnya ringkas.

Kenapa Lagunya Begini, Tidak Sesuai, Mahu Buat Konten Atau Beribadah?

Oleh hal yang demikian, tindakan semberono penyanyi berkenaan menimbulkan rasa kurang selesa warganet yang berpendapat bahawa pilihan lagu yang dipilih menerusi video tidak sesuai sekali dengan visual yang dipamerkannya, lebih-lebih lagi membabitkan urusan ibadah di Tanah Suci.

Dinar Candy

Foto: Instagram @dinar_candy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pulang Dari Tanah Suci Berhijab Tutup Aurat

Walau bagaimanapun, terdapat juga komen-komen yang positif mendoakan agar dia diberi hidayah supaya terus istiqamah menutup auratnya dengan sempurna usai kembali ke tanah air mengerjakan umrah.

Dinar Candy

Foto: Instagram @dinar_candy

Artikel lain: Tarik Serik Buat Pembedahan Plastik, Bebizie Fatlanay Nak ‘Renovate’ Buntut Pula

Sekadar info, Dinar Candy memulakan kariernya sebagai penyanyi dangdut di Indonesia, dan sempat membentuk sebuah group musik secara duo dikenali sebagai The Bubble bersama Pamela Safitri, kemudiannya telah rasmi bubar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, penyanyi berkenaan yang juga bekerja sebagai DJ telah mendirikan perusahaannya sendiri iaitu  PT. Jevolution Intertama Milenial di  Cengkareng, Jakarta Barat.

Sumber: Instagram @dinar_candy

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat pengunjung maut selepas menghadiri konsert ‘Pinkfish’ di Bandar Sunway pada Selasa lalu sempena sambutan malam ambang tahun baharu dipercayai mengambil dadah jenis ekstasi....

Politik

Tular di media sosial mengenai sepucuk surat pengesahan titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan supaya bekas...

Lokal

Polis mengesan tiga individu didakwa terbabit edar risalah Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Memetik...

Lokal

Seorang wanita berusia 36 tahun mendakwa diserang oleh lima individu di hadapan sebuah hotel di daerah Tawau pada Isnin lalu. Foto: Sinar Harian Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd