Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Janda Diserang, Dituduh Jalin Hubungan Dengan Suami Orang

Seorang wanita berusia 36 tahun mendakwa diserang oleh lima individu di hadapan sebuah hotel di daerah Tawau pada Isnin lalu.

wanita diserang

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu turut menyaksikan kenderaan mangsa dipancitkan sebelum laporan polis dibuat pada Rabu.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila wanita yang berstatus janda itu dituduh sebagai perampas suami orang, walaupun mangsa mendakwa kekasihnya masih bujang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan penerimaan laporan daripada wanita tersebut pada jam 4.41 petang Rabu.

“Dalam laporan tersebut, wanita itu telah menyatakan bahawa pada 30 Disember lalu di kawasan tempat meletak kenderaan di hadapan sebuah hotel di daerah ini dia telah diserang dan dicederakan lima wanita.

Artikel lain: Dakwaan Diserang Kerabat Pahang, Mangsa Kecewa Belum Ada Tindakan

“Tayar kenderaan wanita ini juga telah dikhianat iaitu dipancitkan. Siasatan kemudian dibuat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh dan juga Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat,” katanya pada Khamis.

Pihak polis telah berjaya mengesan dan menahan lima suspek wanita berusia antara 16 hingga 62 tahun susulan laporan tersebut.

Permohonan reman telah dibuat terhadap kelima-lima suspek yang ditahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan lanjut kita akan jalankan untuk mengesan saksi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan kejadian ini,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival...

Lokal

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang merupakan bekas suami kepada wanita koma, Jahidah Nordin sekali lagi berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah...

Lokal

Seorang murid lelaki Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, Melaka cedera dipercayai terjatuh dari koridor sekolah ketika cuba mengambil kasut rakannya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd