Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Penemuan Mayat Dalam But Kereta, Pemandu Lori Didakwa

Ekoran kes penemuan mayat yang ditemui dalam sebuah but kereta Proton Waja pada Disember lalu, suspek iaitu seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Mersing hari ini atas tuduhan membunuh.

Memetik laporan Buletin TV3, tertuduh Hasbullah Adam, 36, sekadar mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Pemandu Lori Didakwa Ke Mahkamah Tinggi Kes Bunuh

Pemandu Lori Didakwa Ke Mahkamah

Foto: Buletin TV3

Difahamkan, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, Hasbullah didakwa membunuh Shakirin Mohammad, 28, di antara jam 6.10 pagi pada 26 Disember 2024 hingga jam 1.50 tengah hari 28 Disember lalu di tepi Jalan Jemaluang-Kahang, Mersing.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan membawa kepada hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan sebatan minimum 12 kali.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Foo Fang Leong, manakala tertuduh diwakili peguam bela Azlan Bohari.

Fang Leong dalam hujahnya, memaklumkan tiada jaminan dibenarkan kerana pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemandu Lori Didakwa Ke Mahkamah

Foto: MalaysiaGazette

Mahkamah turut menetapkan 27 Februari sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan laporan kimia, forensik dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, media melaporkan mayat lelaki tempatan berusia 28 tahun dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap dalam but kereta miliknya dengan kesan kecederaan di bahagian leher.

Pemandu Lori Didakwa Ke Mahkamah

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Mayat Pemandu Lori Disumbat Dalam Bonet, Keluarga Mahu Keadilan Setimpal

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, dilaporkan berkata dendam dipercayai menjadi motif utama pembunuhan sebelum mayat mangsa ditemui dalam but kereta jenis Proton Waja di Kilometer (KM) 26 Jalan Jemaluang-Kahang.

Bertindak atas maklumat risikan, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan membuat tangkapan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 30-an di Johor Bahru pada 29 Disember lalu.

Suspek lelaki ditahan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala wanita pula dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd