Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Pihak Istana Pahang

Seorang wanita mohon maaf secara terbuka kepada pihak Istana Pahang susulan tular dakwaan istiadat perkahwinan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menerusi satu hantaran di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Farida Daud itu telah membuat satu perkongsian memaparkan permohonan maafnya terhadap kerabat Diraja Pahan serta orang awam.

Wanita mohon maaf secara terbuka kepada Istana Pahang

Wanita Mohon Maaf Kepada Istana Pahang

“Permohonan maaf terbuka kepada pihak Istana Pahang juga orang awam mengenai dakwaan istiadat perkahwinan KDPM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah,” katanya.

Dalam pada itu, Farida menjelaskan permohonan maaf itu susulan kenyataan daripada Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman yang kini sedang mencari wanita itu.

Menurutnya, dia kini dalam proses memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memudahkan mereka menjalankan tugasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita Mohon Maaf Kepada Istana Pahang

“Mengambil kira sensitiviti masyarakat mengenai isu ini serta maklum balas terhadap kenyataan media daripada Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, saya kini dalam proses memberikan kerjasama saya bagi membantu pihak berkuasa menjalankan tugas sebaiknya.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak diatas kekhilafan dan segala kesulitan yang dihadapi berpunca daripada ketelusan saya yang secara tidak sengaja telah mengakibatkan pihak berkuasa dalam kapasiti perundangan mengambil langkah susulan laporan daripada pihak terkait mengenai perkara ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Farida menjadi bualan ramai selepas mengakui dirinya bakal melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Mahkota Pahang pada tahun hadapan.

Susulan itu, pihak polis di Pahang telah mengambil keterangan daripada tiga individu bagi membantu siasatan atas hantaran Farida di Instagram baru-baru ini.

Wanita Mohon Maaf Kepada Istana Pahang

Menurut Yahaya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selasa lalu, Istana Pahang menafikan satu hantaran tular mengenai perkahwinan diraja melibatkan Tengku Hassanal dengan Farida.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram farida.daud_11

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Nasional

Di sebalik seragam dan disiplin ketenteraan, tersimpan impian yang selama ini mungkin tertangguh demi tugas dan negara. Kini menerusi program Work-Based Learning (WBL) Kementerian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd