Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Titah Adendum: Fitnah PM? AMK Pahang Buat Laporan Terhadap Pemimpin PN

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang telah buat laporan terhadap beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Ketua AMK Pahang, Chan Chun Kuang berkata Perdana Menteri sentiasa menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan prosiding mahkamah, sejajar dengan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

AMK Pahang buat laporan terhadap pemimpin PN

AMK Pahang Buat Laporan Terhadap Pemimpin PN

Ujarnya, tindakan pemimpin Perikatan Nasional untuk memutarbelitkan fakta tersebut merupakan satu usaha berniat jahat untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat.

“Kerajaan Persekutuan adalah menjalankan kerja dan tugas berdasarkan prosedur rasmi dan undang-undang.
“Keputusan Mahkamah Rayuan pada semalam turut membuktikan kerajaan sentiasa menjunjung prinsip pembahagian kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Artikel lain: Titah Adendum: Terbukti Wujud Dan Sahih, Kan Dah Kantoi – Ka Siong

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laporan polis itu dibuat di ibu Pejabat Polis Daerah Pekan oleh ketua AMK Cabang Pekan, Muhammad Zubair Tugimon bersama beberapa pemimpin daripada parti tersebut pada Selasa.

AMK Pahang Buat Laporan Terhadap Pemimpin PN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata, tindakan fitnah oleh pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional itu adalah usaha terdesak untuk menjejaskan reputasi kerajaan dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

“Malaysia memerlukan politik matang dan berintegriti, bukan politik fitnah dan kebencian.
“Kami berharap pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Politik kebencian dan penipuan tidak boleh dibiarkan meracuni perpaduan rakyat,” ujarnya.

Sumber: Facebook Chan Chun Kuang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd