Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Maut: Taska Tidak Berlesen Diarahkan Tutup, Disita

Sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra, Selangor telah diarahkan tutup berikutan kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan, baru-baru ini.

Taska diarah tutup selepas kematian bayi empat bulan

kematian Bayi Empat Bulan

Foto: Instagram yyunirahman

Menurut laporan Kosmo! Online, pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim memaklumkan pihaknya telah menerima maklumat kejadian tersebut daripada pihak polis pada Ahad lalu.

“JKM kemudiannya telah turun ke taska pada Isnin lalu dan telah mengarahkan taska untuk tutup operasi mulai kelmarin,” katanya ketika dihubungi.

Taska tersebut disita hari ini dan proses penyitaan bermula pukul 2.20 petang oleh sepasukan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Nor Azian Sharfador Khan selain dihadiri pemilik taska berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, premis tersebut telah beroperasi tanpa lesen sejak 2022.

Nor Azian berkata, penyitaan tersebut dibuat peruntukkan dibawah subseksyen 20A (1) Akta Taska 1984 [Akta 308] yang berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kejadian tragis ini berlaku pada hari Jumaat lalu di sebuah taska yang beroperasi tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi menjelaskan pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.29 petang daripada seorang doktor klinik setelah bayi tersebut dibawa oleh pengasuh dalam keadaan kritikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kecuaian Pengurusan? Bapa Dakwa Bayi Terjatuh Katil Hospital, Kerap Alami Sawan Selepas Kejadian

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan pucat kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi serta nafas, dan tiada pergerakan anak mata bila disuluh lampu.

Doktor berkenaan telah melakukan bantuan pernafasan (CPR) dan memberikan bantuan oksigen sambil menunggu ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Cyberjaya.

Bayi tersebut tiba di hospital kira-kira pukul 4.35 petang dan menerima rawatan CPR selama lebih 30 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang pada hari yang sama.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd