Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Mahalini Umum Hamil, Akui Belum Terbiasa Dan Berasa Janggal

Penyanyi popular Indonesia, Mahalini mengakui belum terbiasa dan berasa janggal dengan kehamilannya selepas mengumumkan sedang berbadan dua baru-baru ini.

mahalini umum hamil

Foto: Instagram @mahaliniraharja

Mahalini Umum Hamil

Memetik laporan iNews.ID, keputusan yang dibuat oleh Mahalini untuk berehat tanpa tampil dalam sebarang persembahan ternyata membuat penyanyi itu berasa kurang selesa dan aneh.

Hal ini kerana, penyanyi berusia 24 tahun itu yang sentiasa ralat dengan aktiviti nyanyiannya setiap hari, kini terpaksa berehat sebentar di rumah kerana sedang hamil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

mahalini umum hamil

Foto: Instagram @mahaliniraharja

“Aneh juga, ya, rasanya hanya duduk di rumah saja,” kata Mahalini di Instagram ketika membuat siaran langsung pada Ahad.

Isteri kepada penyanyi Rizky Febian itu turut membandingkan rutin hariannya yang selalu sibuk dengan persiapan sebelum membuat persembahan.

“Biasanya kalau di rumah saja pun fikirkan pakaian untuk esok, dihantui WhatsApp dari stylist, pengurus, esok nak buat persembahan macam mana, senarai lagu apa yang nak dipilih, nak guna susunan muzik yang mana.
“Atau diberitahu ada pemain atau pasukan yang tidak hadir, kerana saya sangat teliti kalau nak buat persembahan, segala-galanya saya perlu faham dan tahu,” ujarnya.

mahalini umum hamil

Foto: Instagram @mahaliniraharja

Justeru, dia sangat menikmati kehidupannya yang kini hanya duduk berehat dengan tenang di rumah sahaja walaupun masih belum biasa, kadang-kadang dia merindukan rutin hariannya seperti biasa serta berasa sedikit janggal dengan perubahan rutin hariannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada mulanya disuruh duduk di rumah ini memang seronok, tetapi rasa macam geram nak aktif,” keluhnya.

mahalini umum hamil

Foto: Detik.com

Artikel lain: Pernikahan Rizky Febian Dan Mahalini Tidak Sah, Gagal Penuhi Rukun Ijab Kabul

Terdahulu, khabar angin penyanyi lagu Mati-Matian itu sedang hamil hangat menjadi bualan sejak dua bulan lalu selepas dia dilihat beberapa kali menerima rawatan di hospital.

Malah ramai yang mula membuat andaian selepas dia mengumumkan mahu berehat dari aktiviti seni sepanjang tahun 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Mahalini dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Pasangan ini kemudian dilaporkan bernikah sekali lagi pada 27 Disember lalu selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.

Sumber: Instagram @mahaliniraharja, iNews.ID

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd