Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Konsert Pinkfish: Empat Maut Dipercayai Ambil Bahan Terlarang

Empat pengunjung maut selepas menghadiri konsert ‘Pinkfish’ di Bandar Sunway pada Selasa lalu sempena sambutan malam ambang tahun baharu dipercayai mengambil dadah jenis ekstasi.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa terdapat tujuh individu yang terlibat dalam pengambilan barang terlarang itu.

Empat maut selepas hadiri Konsert Pinkfish

Foto: Carian Google

Ia berdasarkan laporan perubatan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kesemua mereka menghadiri konsert tersebut secara berasingan dan saling tidak mengenali. Dua individu masih di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Foto: Bernama

“Semua mangsa ini didapati hadir secara berasingan bersama kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.
“Selain empat mangsa yang sudah meninggal dunia, dua lagi masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi sudah dibenarkan keluar dari hospital.
“Kedua-dua hospital ini menerima tujuh pesakit dan semua mereka menunjukkan simptom yang sama.
“Pihak polis membuka empat kertas siasatan kematian mengejut lanjutan kematian ini untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah atau keracunan.
“Sehingga kini sebanyak enam percakapan saksi dirakam selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah pihak penganjur konsert dan rakan mangsa,” katanya.

Foto: Bernama

Pihak polis masih masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan pengambilan dadah dan untuk mengenal pasti punca kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, penganjur Pinkfish Festival berjanji akan memberikan kerjasama kepada polis dalam siasatan.

Foto: Berita Harian

Artikel lain: Polis Sahkan Empat Maut Selepas Hadiri Konsert Malam Ambang Tahun Baharu

Penganjur mendakwa bahawa kematian empat individu tersebut berlaku di luar tapak penganjuran konsert.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pinkfish turut menyatakan bahawa mereka sudah mengetatkan kawalan keselamatan sepanjang konsert tersebut.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd