Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Usia Enam Bulan Maut Dipercayai Lemas Dalam Selimut Di Rumah Pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Melaka pada Isnin.

Menurut laporan Berita Harian, pengasuh wanita berusia 27 tahun itu menyedari tentang insiden berkenaan sekitar 11:30 pagi, semalam.

Foto: Berita Harian

Ketika itu, dia melihat bayi berkenaan yang dikenali sebagai Harraz Noah Nazrul Nizam dalam keadaan terlentang dengan sehelai selimut menutupi mukanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan menerima panggilan daripada pengasuh, ibu mangsa Ainol Izzah Raslan kemudian memaklumkan kepada ibunya berhubung insiden terrsebut sebelum wanita itu bergegas ke lokasi kejadian.

“Ibu saya yang lebih dekat dengan rumah pengasuh tiba beberapa minit kemudian dan melihat bibir Harraz sudah biru. Serentak itu pengasuh mendakwa muka anak saya tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain di rumah berkenaan,” ujar ibu kepada mangsa.

Bayi enam bulan maut, lemas dalam selimut - Sinar Harian

Foto: Sinar Harian

Bayi tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dikejarkan Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia.

Sementara itu bapa mangsa Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, reda dengan pemergian anak tunggalnya dan tidak menuding jari menyalahkan pengasuh sebaliknya dia menyifatkan pengasuh tersebut telah menjaga anaknya itu dengan baik sejak empat bulan lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya kenal pengasuh itu pun melalui media sosial dan dia sendiri pun mengaku ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini tapi ternyata Allah lebih menyayangi anak saya,” katanya sebak.

Jenazah Harraz Noah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau hari ini.

Sumber: Berita Harian (Amir Mamat)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Kematian pelakon Lee Sun-kyun akhirnya terbela selepas seorang wanita yang didakwa melakukan peras ugut terhadap aktor berkenaan telah dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun...

Lokal

Kelab Kucing Malaysia (KKM) menggesa pihak berkuasa melaksanakan siasatan terperinci kes kematian misteri beberapa ekor kucing di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. Memetik laporan...

Lokal

Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah buka kertas siasatan tarian mencolok mata di  majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan di sebuah dewan sekolah jenis kebangsaan...

Lokal

Nahas ngeri di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, telah mengorbankan tujuh individu maut termasuk bayi lelaki, manakala 33 individu lain cedera parah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd