Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kutipan Meningkat, PPZ-MAIWP Terima Zakat Perniagaan RM27.6 Juta

Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melaporkan telah terima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM27.6 juta daripada 21 syarikat.

Memetik laporan Sinar Harian, penyerahan zakat itu disampaikan oleh wakil setiap syarikat kepada PPZ-MAIWP diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Amrin Awaluddin disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

MAIWP terima zakat perniagaan RM27.6 Juta

MAIWP Terima Zakat Perniagaan RM27.6 Juta

Mohd Na’im berkata, kutipan zakat PPZ-MAIWP bagi tempoh Januari hingga November 2024 mencatatkan jumlah RM818 juta, meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, kutipan zakat perniagaan PPZ-MAIWP turut meningkatkan 2.6 peratus dalam tempoh Januari hingga November 2024 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM123.8 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini memberi isyarat kesedaran menunaikan zakat semakin meningkat selain kepercayaan pihak syarikat kepada PPZ-MAIWP untuk pengurusan wang zakat dan bantuan kepada asnaf.
“Menghampiri penghujung tahun ini, saya yakin dan percaya angka ini akan terus meningkat dan turut mendoakan PPZ-MAIWP mampu mencapai sasaran RM1.15 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Zakat Korporat 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.

MAIWP Terima Zakat Perniagaan RM27.6 Juta

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman dan Mufi Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Antara syarikat yang menunaikan zakat perniagaan ialah Telekom Malaysia Berhad sebanyak RM5.4 juta, MBSB Bank Berhad (RM5 juta), Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (RM3.4 juta) dan Rakyat Management Services Sdn Bhd (RM2.3 juta).

Dalam pada itu, Mohd Na’im juga menyeru orang ramai dan syarikat korporat untuk menyegerakan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP agar MAIWP dapat membantu golongan memerlukan termasuk sumbangan lebih ramai mangsa banjir di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MAIWP Terima Zakat Perniagaan RM27.6 Juta

“Kita semua maklum akan keadaan saudara kita yang sedang diuji dengan musibah banjir. Baru-baru ini MAIWP telah memperuntukkan RM12 juta untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.
“Bantuan yang disalurkan ini adalah sebahagian daripada dana zakat yang telah ditunaikan oleh pembayar zakat,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

Prasarana Malaysia tarik balik iklan yang mencetuskan perhatian ramai dan tampil memberi penjelasan berhubung visual dalam salah sebuah tren Rapid KL, baru-baru ini. Dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd