Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kalah Saman Fitnah, PAS Didakwa Kutip Derma Bantu Siti Mastura?

PAS didakwa membuat kutipan derma untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang diperintah mahkamah bagi membayar ganti rugi berjumlah RM825,000 kepada pemimpin DAP.

Siti mastura

Foto: Facebook Dr Ustazah Mastura

Menurut laporan malaysiakini, ganti rugi tersebut adalah hasil kalah saman fitnah selepas mendakwa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai kaitan keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, serta menuduh Teresa Kok ada kaitan dengan Lim.

Dalam surat yang tular di media sosial, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menyatakan pemimpin DAP menuntut bayaran tersebut secara segera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kalah Saman, Siti Mastura Teliti Alasan Penghakiman Sebelum Ambil Tindakan Lanjut

Takiyuddin menjelaskan kegagalan membayar ganti rugi boleh mengakibatkan prosiding kebankrapan terhadap Siti Mastura, yang seterusnya boleh menyebabkan kehilangan kerusi parlimen dan mencetuskan pilihan raya kecil.

Menurut surat tersebut, ketua jawatankuasa PAS pusat dan ketua negeri, bahagian dan cawangan diminta menderma minimum RM500 setiap seorang.

Bahagian negeri serta sayap di peringkat persekutuan, negeri dan bahagian pula perlu mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000 setiap satu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menyatakan beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara tersebut.

Manakala bekas pemimpin PAS Khairuddin Aman Razali mengkritik tindakan tersebut.

“Sangat tidak wajar mengutip dana daripada masyarakat untuk membayar saman sivil kerana perlakuan dosa fitnah,” katanya.

Ketika diminta mengulas, Fadhli membalas dengan merujuk kepada kes Rafizi Ramli dari PKR yang pernah mengutip dana RM300,000 untuk membayar saman fitnah kepada National Feedlot Corporation (NFC), namun kemudiannya memenangi rayuan dan wang dikembalikan.

Sumber: malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd