Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PBT Buka Kertas Siasatan Tarian Mencolok Mata Di Kelantan

Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah buka kertas siasatan tarian mencolok mata di  majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan di sebuah dewan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), di Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah menyatakan bahawa semakan dengan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) mendapati pihak penganjur tidak memohon permit untuk penganjuran acara terbabit.

Pamer Tarian Mencolok Mata

Tarian Mencolok Mata

 

Foto: X @Harunmohdshah1

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, sebahagian besar tetamu adalah pelombong dari China yang menjalankan kerja melombong di sekitar Sokor, Tanah Merah, tetamu luar serta pekerja syarikat itu dengan beberapa orang daripadanya penduduk tempatan beragama Islam.

Tarian Mencolok Mata

Foto: Berita Harian

“Saya sendiri baru mengetahui perkara itu dan kertas siasatan sudah dibuka. Pihak penganjur dan sekolah akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan mereka.
“Difahamkan, majlis makan malam syarikat perlombongan emas itu menggunakan dewan sebuah SJKC di Tanah Merah.
“Kita kesal dengan tindakan pihak penganjur menyediakan hiburan seperti itu, selain menjadikan dewan sekolah untuk acara hiburan berkenaan,” katanya sewaktu ditemu bual media.

Artikel lain: Polis Siasat Anggota Didakwa Tunjuk Isyarat Lucah

Tambah Hilmi lagi, pihak penganjur dan sekolah terbabit melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FMT, X @Harunmohdshah1

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sukan

Dunia bola sepak dikejutkan dengan pemergian tragik bintang Liverpool, Diogo Jota, yang maut dalam kemalangan kereta di utara Sepanyol pada usia 28 tahun dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd