Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pau Vicente Persoal Tindakan FAM Umum Jurulatih Baharu Ketika Kempen Piala AFF

Ketua jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, mempersoalkan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengumumkan pelantikan Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu ketika pasukan masih dalam kempen Piala AFF 2024.

jurulatih FAM

Foto: BERNAMA

Pandangan tersebut disuarakan Vincente sewaktu ditanya pada sidang media pra perlawanan  antara Malaysia dan Singapura pada kempen Piala ASEAN  apabila mengakui hairan dengan pengumuman tersebut kerana merasakan keputusan tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah memandangkan skuad kebangsaan ketika ini sedang fokus bersaing pada ‘Piala Dunia Asia Tenggara’.

“Saya rasa sejak awal (kejohanan) lagi segala yang berlaku sedikit pelik. Malah, saya tidak tahu kebaikan apa yang boleh diberikan jika mengumumkan berita kehadiran jurulatih baharu sedangkan kami masih di sini,” kata Vicente dalam sidang media pra perlawanan.

Vicente menegaskan perkara tersebut diluar kawalan mereka, jadi mereka akan terus fokus pada sesi latihan dan perlawanan untuk memberikan yang terbaik dalam aksi menentang Singapura di Stadium Bukit Jalil nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Football Association of Malaysia

Sebelum ini, FAM telah mengumumkan pelantikan bekas pengendali FC Tokyo, Peter Cklamovski sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Isnin lalu.

Dalam pengumuman yang sama, FAM turut melantik bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih skuad bawah 23(B-23) tahun negara.

Artikel lain: FAM Umum Teraju Struktur Organisasi Baharu Harimau Malaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut FAM, Cklamovski dipilih kerana beliau dianggap sebagai jurulatih muda yang berkaliber untuk membantu skuad Harimau Malaya bersaing di pentas antarabangsa, bermula dengan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac depan.

Cklamovski yang berusia 46 tahun memiliki pengalaman luas setelah bekerja lebih 15 tahun bersama pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, termasuk kejayaan menjuarai Piala Asia 2015 bersama Australia dan Liga J1 2019 bersama Yokohama F. Marinos.

Sumber: Berita Harian (Zulfaizan Mansor dan Syafiq Aznan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Politik

Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam...

Nasional

Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam pembangunan infrastruktur bawah tanah menerusi penganjuran Trenchless Asia 2025, persidangan dan pameran antarabangsa yang mengetengahkan teknologi tanpa korekan...

Dunia

Proses pemilihan Paus baharu dimulakan di Vatican hari ini dengan dijadualkan seramai 133 kardinal akan berkumpul di Gereja Kecil Sistine bagi mengikuti pemilihan tersebut....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd