Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Ngeri Babitkan Tujuh Individu Maut Termasuk Bayi Lelaki, 33 Individu Cedera Parah

Nahas ngeri di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, telah mengorbankan tujuh individu maut termasuk bayi lelaki, manakala 33 individu lain cedera parah dipercayai berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut, pada malam Isnin.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tragis itu berlaku kira-kira jam 8:30 malam, melibatkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, lori, treler yang membawa muatan guni pakaian bundle, dan sebuah Perodua Bezza serta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estime yang dinaiki lapan sekeluarga.

Tujuh Individu Maut Termasuk Bayi Lelaki

Tujuh Individu Maut

Foto: MalaysiaGazette

Pengarah JBPM, Mohd Pisar Aziz berkata, mangsa yang meninggal dunia membabitkan lima daripada lapan penumpang MPV terbabit, iaitu dua wanita, dua lelaki dan seorang bayi lelaki manakala tiga yang lain tercedera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua mangsa yang meninggal dunia merupakan penumpang wanita bas persiaran dan pemandu lelaki bas terbabit difahamkan dalam perjalanan menghala ke arah selatan.

“Mangsa terlibat seramai 40 orang dan tujuh daripadanya meninggal dunia. Seramai 33 mangsa dihantar ke hospital akibat cedera.
“Kita mengambil masa lebih kurang empat jam dan operasi ni semua dalam keadaan terkawal,” katanya.

Tujuh Individu Maut

Foto: MalaysiaGazette

Menurut laporan Malaysia Gazette pula, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, mangsa maut adalah pemandu MPV jenis Toyota Estima, Khairul Izwan Mazupi, 32 tahun, isterinya, Fadzlenna Ramli, 32 dan bapanya, Ramli Ab Wahab, 66.

“Turut maut adalah anak pasangan berkenaan, Muhammad Umar, 2, pemandu bas, Noorisnien Khamid, 56, serta dua lagi masing-masing penumpang bas dan MPV yang belum dikenal pasti identitinya.
“Dua lagi anak pasangan itu, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, parah manakala Nur Sofea Humaira, 4, cedera ringan dan dirawat di Hospital Melaka,” jelasnya.

Tujuh Individu Maut

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tayat Lori Tercabut

Ashari menyatakan bahawa sebaik tiba ditempat kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori jenis Foton dipandu lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai telah tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya.

“Akibatnya, pemandu bas persiaran itu telah melanggar tayar berkenaan mengakibatkannya hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan.
“Bas berkenaan kemudian merempuh sebuah Perodua Bezza menyebabkan ia terbabas ke lorong kiri dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan sebuah treler dan MPV jenis Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga itu,” ujarnya.

Tujuh Individu Maut

Foto: Carian Google

Artikel lain: Kanak-Kanak Kini Yatim Piatu, Kehilangan Bapa, Datuk Dan Nenek Terbabit Kemalangan

Menurutnya, rempuhan kuat mengakibatkan kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan parah di seluruh anggota badan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Ashari lagi, mayat telah diserahkan kepada Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan semua kenderaan terlibat telah di bawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan.

Sumber: Sinar Harian, MalaysiaGazette

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd