Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tabung Bantu Siti Mastura Beri Gambaran PAS ‘Halalkan’ Fitnah – Puad Zarkashi

Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyifatkan tabung ‘derma jihad’ yang dilancarkan oleh PAS bagi bantu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad sebagai memberi gambaran bahawa parti itu ‘halalkan’ fitnah.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, MKT UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tindakan mereka itu merukalan salah satu strategi PAS untuk mensensasikan isu berkenaan bagi meraih simpati rakyat.

Tabung bantu Siti Mastura beri gambaran PAS halalkan fitnah – Puad

Foto: Free Malaysia Today

“Mursyidul Am PAS Hashim Jasin kata tidak salah ahli PAS bantu Siti Mastura membayar saman fitnah kepada pemimpin DAP. Hashim Jasin tidak mengemukakan dalil syariie.
“Ia dibidas oleh Dr Khairuddin At Takiri, bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS. Mana boleh bantu bayar saman sivil kerna ‘dosa fitnah’ katanya. Dia merujuk Surah al Maidah ayat 2. Ia menyebut jangan bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan.
“Mungkin fitnah dalam tafsiran PAS tidak sama dengan fitnah tafsiran mahkamah. Fitnah tafsiran PAS,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan PAS didakwa menganjurkan kutipan derma bagi membantu Siti Mastura membayar ganti rugi RM825,000 kepada pemimpin DAP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini selepas Ahli Parlimen Kepala Batas itu kalah dalam kes saman fitnah kerana mendakwa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai kaitan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng selain menuduh Teresa Kok ada kaitan keluarga dengan Lim.

Tabung Bantu Siti Mastura Halalkan Fitnah

Foto: Harian Metro

Dalam surat yang tular di media sosial, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata Siti Masturah membuat kenyataan itu ketika berkempen untuk parti pada pilihan raya kecil Kemaman.

Takiyuddin juga mengingatkan bahawa kegagalan membayar saman itu akan menyebabkan prosiding kebankrapan dimulakan terhadap Siti Mastura.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini seterusnya boleh menyebabkan dia kehilangan kerusinya sekali gus mencetuskan pilihan raya kecil.

Justeru, bagi mengelak Siti Mastura hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, parti itu menganjurkan kutipan derma.

Surat itu menyatakan bahawa ketua jawatankuasa PAS pusat dan ketua negeri, bahagian dan cawangan dikehendaki menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang.

Bahagian negeri serta sayap di peringkat persekutuan, negeri dan bahagian dikehendaki mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000 setiap satu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook DrPuad Zarkashi

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd