Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Nahas Ngeri Melaka: KPWKM Sedia Salur Bantuan Kaunseling Kepada Mangsa, Waris

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menyalurkan bantuan kaunseling kepada waris mangsa yang maut dan mereka yang terselamat dalam kemalangan di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Alor Gajah, Melaka malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, timbalan menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan penuh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan nahas yang meragut tujuh nyawa itu.

KPWKM Sedia Salur Khidmat Kaunseling

KPWKM

Foto: Harian Metro

“Memang JKM akan turun (bantu), kementerian ingin bantu dari segi kaunseling. Kita ada kaunselor untuk mendampingi mereka dan keluarga.
“Sesungguhnya saya dan seluruh warga KPWKM amat berdukacita dengan kemalangan ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Ketua Wanita UMNO Malaysia bersama Ketua Wanita UMNO Cawangan, Bahagian Dungun, Bukit Besi hari ini.

Terdahulu,  tujuh termasuk lima sekeluarga maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan Perodua Bezza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPWKM

Foto: Bernama

Artikel lain: Op Global: Hampir 30% Kanak-Kanak Diselamatkan Alami Kecelaruan Kognitif – KPWKM

Hasil siasatan awal polis, bas persiaran itu terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mereka yang terkorban ialah pemandu MPV Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama penumpang Fadzlenna Ramli, 32; Ramli Ab Wahab, 66; Fauziah Jaafar, 69; dan Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, selain pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang Lamrah Asid Ali, 66.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd