Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beranak Maut: Isteri Sempat Mohon Maaf Berkali-kali Sebelum ‘Pergi’ – Suami

Mangsa kemalangan, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, sempat mohon maaf berkali-kali kepada suaminya Mohammad Syuqur Ahmad, 24, sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas mereka terbabit nahas di Kilometer 212.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan, berhampiran susur keluar Sitiawan Utara awal pagi tadi.

Isteri mohon maaf berkali-kali sebelum ‘tinggalkan’ suami

mohon maaf berkali-kali

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, Mohammad Syuqur memberitahu isterinya memohon maaf berulang kali meskipun dalam keadaan parah akibat Perodua Kelisa yang dinaiki bersama anak mereka terbabas dan terbalik.

“Semasa kereta terbalik, keadaan isteri parah. Dia minta maaf kepada saya, saya beritahu tak mengapa, perkara yang lepas jangan difikirkan lagi dan cuba tenangkan dia,” katanya.

Kemalangan jam 5 pagi itu meragut nyawa anak bongsu mereka, Muhammad Iman Irfan, 1, manakala anak sulung Muhammad Alif Sufi, 3, mengalamai cedera.

Mohammad Syuqur berkata, isterinya dalam perjalanan dari rumah di Gelung Pepuyu, Bota ke arah tempat kerja di Kampung Acheh, Sitiawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia turut memaklumkan kereta yang dipandu terbabas apabila cuba mengelak haiwan melintas.

Bercerita lanjut, Mohammad Syuqur berkata mereka sekeluarga baru sahaja pulang menziarah keluarga isterinya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan, semalam.

Artikel lain: Nahas Ngeri Melaka: KPWKM Sedia Salur Bantuan Kaunseling Kepada Mangsa, Waris

“Dalam kereta, dia juga minta saya tolong sampaikan salam serta permohonan maaf kepada ibu saya dan ibunya.
“Saya hairan juga dan ada bertanya kenapa cakap begitu, namun dia hanya balas ‘tak tahu lah, memang nak jadi kot’,” katanya yang reda dengan kehilangan dua insan tersayang serentak.

Muhammad Alif Sufi yang cedera sudah tahu mengenai kematian ibu dan adiknya serta masih trauma.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jenazah Nor Fadhilah dan Muhammad Iman Irfan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd