Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PETRA Lanjut Rebat Pemasangan Sistem Solar Hingga April 2025, Tambah Baik Program NEM

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melanjutkan pemberian rebat pemasangan sistem solar sehingga RM4,000 kepada pengguna domestik bawah Skim Insentif Solar Untuk Rakyat (SolaRIS) hingga 30 April depan, tertakluk terma dan syarat kelayakan ditetapkan.

PETRA lanjut rebat pemasangan sistem solar

PETRA menerusi satu kenyataan berkata, perincian mengenai program SolaRIS pula boleh didapati di laman sesawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di www.tnb.com.my.

Malah, turut diumum penambahbaikan garis panduan pelaksanaan program pemasangan sistem solar di bumbung premis bangunan menerusi Program Net Energy Metering (NEM).

“Penambahbaikan ini akan membolehkan lebih banyak ruang bumbung premis bangunan dimanfaatkan untuk pemasangan sistem solar PV,” kata PETRA hari ini.

rebat pemasangan sistem solar

Susulan itu, selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara serta komitmen untuk pengurangan jejak karbon oleh pengguna NEM, PETRA bersetuju supaya pengguna sedia ada dibenarkan untuk meningkatkan kapasiti pepasangan sistem solar sedia dan beralih kepada Program NEM.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kedua, Program NEM akan dibuka untuk penyertaan pengguna elektrik kategori pertanian bagi manfaat daripada pemasangan sistem solar PV disamping menyokong inisiatif meningkatkan keterjaminan makanan negara,” ujarnya.

rebat pemasangan sistem solar

Artikel lain: Permohonan Kuota Program NEM Dibuka Semula – PETRA

Sementara itu, PETRA menerusi kenyataan sama berkata kuota di bawah kategori NEM Rakyat akan ditingkatkan sebanyak 150MW kepada 600MW agar lebih ramai pengguna domestik dapat memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk pemasangan sistem solar PV.

“Kuota di bawah kategori NEM NOVA untuk pengguna komersial dan industri juga akan ditambah sebanyak 300MW kepada 1,700MW bagi menyokong usaha syarikat dan entiti korporat untuk memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan pengguna kategori pertanian.
“Kesemua kuota di bawah Program NEM ini adalah terbuka untuk permohonan oleh pengguna elektrik yang berminat sehingga 30 Jun 2025 atau sehingga kesemua kuota NEM habis diagihkan, yang mana terdahulu,” jelasnya lagi.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd