Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden membuka akaun TikTok bagi meneruskan kempen mempertahanan jawatan dalam Pilihan Raya Presiden AS, kelmarin.
Ahli politik berusia 81 tahun itu membuat pengumuman menyertai aplikasi media sosial tersebut buat kali pertama menjelang pilihan raya pada November depan.
“Hai, semua,”tulisnya ringkas.
@bidenhq lol hey guys
Menerusi hantaran tersebut, Biden dilihat menjawab beberapa soalan pilihan spontan yang ditanya oleh seorang individu.
Malah, beliau juga berkongsi beberapa video sebagai langkah percaturan mempertahankan kerusi sebagai Presiden Amerika Syarikat pada penggal akan datang.
@bidenhq lol
Sehingga kini, akaun TikTok milik Biden berjaya memperoleh sebanyak lapan puluh ribu pengikut.
Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan ahli politik menjadikan platform TikTok sebagai alat ‘pancingan’ undi golongan muda.
Artikel lain: Israel Desak Meta & TikTok Buang Kandungan Berkaitan Konflik Di Palestin
Ini kerana ramai dalam kalangan golongan muda sekarang ini lebih dekat dan selesa mendapatkan pelbagai jenis berita di media sosial berbanding televisyen.
Sebelum ini, kerajaan persekutuan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa syarikat induk TikTok, ByteDance mempunyai keupayaan untuk berkongsi data pengguna dengan pemerintah China.
Kebimbangan tersebut telah mendorong Biden mengeluarkan larangan menggunakan platform tersebut pada peranti kerajaan persekutuan pada Disember 2022.
Sumber: Tiktok @bidenhq