Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

38 Organisasi, Pemimpin Terap Prinsip DEI Terima Pengiktirafan Di LAWA 2024 Anjuran TalentCorp

Sebanyak 38 organisasi dan pemimpin yang menerapkan prinsip kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) serta amalan nilai mampan di tempat kerja menerima pengiktirafan pada majlis Anugerah Life At Work (LAWA) 2024.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, majlis anjuran TalentCorp itu selaras dengan visi Malaysia MADANI yang menekankan aspek pembinaan masyarakat dan ekonomi yang inklusif.

LAWA 2024 iktiraf organisasi, pemimpin

LAWA 2024

Foto: FB KESUMA

“Inisiatif seperti LAWA 2024 memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran 60% kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja, seperti yang digariskan dalam rangka kerja Ekonomi MADANI yang menjadi langkah penting untuk mencapai kesaksamaan serta pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian LAWA 2024 yang berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Artikel lain: JIM & TalentCorp Lancarkan Pusat Satelit Ekspatriat Di KLIA Terminal 2

LAWA 2024

Foto: FB KESUMA

Sim berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah memperkenalkan pembaharuan  legislatif termasuk Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) dengan penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dan perlindungan yang lebih kukuh untuk pekerja hamil.

“Malah, Aturan Kerja Fleksibel (AKF) turut diperkenalkan yang memberi kelebihan kepada pekerja untuk memohon jadual kerja yang lebih fleksibel sebagai satu langkah ke arah keseimbangan kehidupan bekerja yang lebih baik,” ujarnya.

Bagi penganjuran kali kesembilan itu, LAWA 2024 yang membawa tema ‘Mengiktiraf Kecemerlangan DEI untuk Kerja, Tempat Kerja dan Tenaga Kerja Mampan’ turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengerusi TalentCorp Wong Shu Qi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
LAWA 2024

Foto: FB KESUMA

Antara pemenang anugerah LAWA2024 ialah Sunway Group bagi kategori Organisasi Tersenarai Awam Terbaik, Zuspresso (M) Sdn Bhd (Organisasi Sendirian Berhad Terbaik), dan Micron Memory Malaysia Sdn Bhd (Organisasi Antarabangsa Terbaik).

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Dunia

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Lokal

Pertikaian perceraian berprofil tinggi antara Pamela Ling dan suaminya, ahli perniagaan Malaysia Thomas Hah Tiing Siu, terus berkembang dengan dakwaan penipuan dan pemalsuan dokumen...

Politik

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd