Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Saham Tesla Melonjak Lebih 14% Selepas Kemenangan Donald Trump

Saham syarikat kenderaan elektrik (EV) Tesla melonjak selepas pelabur meramal syarikat itu dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elon Musk bakal meraih manfaat atas kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden.

Memetik laporan APNews, Tesla berpotensi untuk meraih keuntungan besar dibawah pentadbiran Trump dengan pengurangan subsidi untuk tenaga alternatif dan kenderaan elektrik yang lebih memberi kesan negatif kepada pesaing-pesaing kecil.

Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Donald Trump

Saham Tesla Melonjak Kemenangan Donald Trump

Rancangan Trump untuk mengenakan tarif yang tinggi terhadap import dari China berkemungkinan akan menyebabkan kenderaan elektrik China yang dijual di Amerika Syarikat (AS) semakin sedikit.

Menurut penganalisis, Tesla mempunyai skala dan skop yang sukar untuk ditandingi dan ia memberikan Musk dan syarikatnya kelebihan susulan ketiadaan subsidi EV.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ditambah pula dengan tarif China yang lebih tinggi menyebabkan pemain EV China yang lebih murah akan menjauhi pasaran AS,” katanya.

Saham Tesla Melonjak Kemenangan Donald Trump

Saham Tesla melonjak 14.8% pada Rabu, manakala pesaingnya Nio yang berpusat di Shanghai turutn 5.3% dan pada masa yang sama, saham pembuat trak elektrik Rivian jatuh 8.3% dan Lucid Group turun 5.3%.

Artikel lain: PM Anwar Ucap Tahniah Atas Kemenangan Trump, Gesa Henti Keganasan

Musk merupakan salah satu penyumbang terbesar Trump dan pemilik syarikat Tesla itu membelanjakan sekurang-kurangnya AS$119 juta (RM526.1 juta).

Saham Tesla Melonjak Kemenangan Donald Trump

Dalam pada itu, Musk juga berjanji akan menyumbang AS$1 juta (RM4.4 juta) sehari kepada pengundi yang menandatangani petisyen untuk jawatankuasa tindakan politiknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: APNews

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd