Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sah! Zii Jia Mara Ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini boleh menarik nafas lega apabila sah melayakkan diri  ke Jelajah Dunia Akhir BWF (Persekutuan Badminton Dunia) di Hangzhou, China dari 11 hingga 15 Disember depan.

Memetik laporan Sinar Harian, kekalahannya baru-baru ini, tidak mengancam kedudukan ranking di tempat ketujuh ekoran dua pencabar terdekatnya Koki Watanabe dari Jepun dan pemain China, Li Shi Feng turut mengalami nasib sama, tewas di pusingan pertama.

Foto: X @theone_xyz

Selain itu, Watanabe tewas di tangan Viktor Axelsen manakala Shi Feng tunduk di tangan pemain Taiwan, Lin Chun Yi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan itu menyaksikan kedudukan Zii Jia dalam ranking Jelajah Dunia sudah terjamin dan akan beraksi di kejohanan berkenaan buat kali ketiga selepas 2020 dan 2021.

Justeru itu, kejohanan akhir musim berkenaan menawarkan hadiah lumayan dengan wang tunai keseluruhan AS$2.5 juta (RM11.17 juta) dengan pencapaian terbaik pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu adalah mara ke separuh akhir edisi 2021 di Bali, Indonesia.

Foto: X @bwfmedia

BWF turut mengesahkan kedudukan Zii Jia dengan memuat naik poster di akaun X badan induk itu, bersama pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang turut layak ke Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tahniah kepada Kunlavut Vitidsarn dan Lee Zii Jia,” tulis BWF.

Hanya tujuh pemain teratas menerusi ranking Jelajah Dunia layak ke Hangzhou dengan Axelsen mendapat slot automatik selaku juara Olimpik Paris 2024.

Malaysia akan mempunyai lima wakil untuk Jelajah Dunia Akhir itu, antaranya,  Zii Jia; beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei; beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah dan dua beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.

Manakala, bagi beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih berjuang serta berada di kedudukan kesembilan di Jelajah Dunia dan perlu mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir Masters China untuk menembusi kelompok lapan terbaik.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd