Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Kesan Wanita Perdaya Curi Barangan Kemas Bernilai RM4,000

Polis Daerah Kuantan sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Siti Rohani Ahmad, 42, dipercayai telah memperdaya seorang pekerja kedai kosmetik di Jaya Gading, Kuantan, Khamis lalu.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kes yang melibatkan kerugian sebanyak RM4,000 itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat individu ini boleh salurkan maklumat kepada pihak polis IPD Kuantan seperti tertera di lampiran untuk membantu siasatan,” katanya hari ini.

Menurut laporan, mangsa yang merupakan seorang gadis berusia 18 tahun mendakwa dirinya diperdaya oleh wanita tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas miliknya tanpa sedar.

Mangsa didatangi suspek sebagai pelanggan kira-kira jam 4 petang sebelum berpura-pura bertanyakan tentang barangan kosmetik yang dijual dan berbual tentang barang kemas yang dipakai gadis itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa mendakwa telah menyerahkan gelang, rantai dan cincin emas yang dipaakai kepadaa suspek tanpa menyedari perkara tersebut. Mangsa telah membuat laporan polis pada hari berikutnya,” ujarnya.

Video kejadian yang tular itu memaparkan suspek memasuki kedai tersebut sebelum memukau mengambil barang kemas gadis tersebut.

Sumber: TikTok sabrieynaina

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd