Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pihak Berkuasa Digesa Tangkap ‘Lelaki Bertelekung’ Tunai Umrah

Seorang pempengaruh media sosial transgender Indonesia, Isa Zega didakwa melakukan penghinaan terhadap agama Islam apabila memakai telekung untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Foto: CNN Indonesia

Menurut laporan detiknews, Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) RI dari Fraksi PDIP, Mufti Anam menyatakan kebimbangan melalui akaun Instagram miliknya selepas menerima banyak laporan mengenai tingkah laku Isa Zega, yang juga dikenali sebagai ‘Mami Online’ atau Sahrul.

Mufti Anam menegaskan bahawa walaupun Isa telah menjalani perubahan fizikal, dari segi hukum Islam dan fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), seseorang yang dilahirkan lelaki tetap dianggap lelaki dari segi syariat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagaimana lelaki dalam hukum Islam bahkan menurut fatwa MUI, seorang lelaki walaupun diubah jenis kelaminnya, bahawa secara asal dia tetap seorang lelaki, dan dalam melakukan prosesnya tetap harus menggunakan cara-cara seorang lelaki,” katanya.

Foto: detiknews

Menurut wakil rakyat tersebut, tindakan Isa yang menunaikan umrah menggunakan tatacara wanita boleh dianggap sebagai penghinaan agama di bawah undang-undang Indonesia yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun.

Mufti Anam menggesa pihak berkuasa untuk segera menahan Isa bagi mencegah kejadian sedemikian daripada berulang pada masa akan datang.

Beliau turut menyatakan kebimbangannya terhadap kesan negatif yang mungkin timbul di Indonesia, yang merupakan negara dengan penduduk Islam kedua terbesar di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru, kami berharap pihak penguatkuasa undang-undang, polis, dan pihak-pihak berkaitan agar segera menahan individu ini supaya pada masa hadapan tidak ada perkara lain yang menghina agama kita.
“Perlu diingat, bahawa Indonesia merupakan negara dengan penduduk Islam kedua terbesar di dunia. Kami berharap perkara ini tidak menimbulkan kekacauan dalam kalangan masyarakat, serta tidak menjadi teladan yang buruk,” ujarnya.

Sumber: detiknews

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd