Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Buru Pemandu Langgar Lampu Isyarat, Dikejar Dari Muar Sampai Kuala Lumpur

Polis memburu sebuah pacuan empat roda, iaitu (4WD) Toyota Hilux berwarna hitam yang telah meloloskan diri semasa dikejar sejauh 180 kilometer dari daerah Muar sehingga ke Kuala Lumpur, pada awal pagi Rabu.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, insiden kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku selepas pemandu kenderaan berkenaan melanggar lampu isyarat merah di Jalan Bakri.

Foto: Hot FM

“Secara kebetulan sebuah kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar terserempak kenderaan terbabit, lalu memintanya berhenti untuk pemeriksaan.
“Namun suspek terus memecut kenderaannya dan melarikan diri sebelum pasukan peronda terbabit terus mengejarnya,” katanya.

Beliau berkata, pasukan peronda terus mengejar kenderaan dipandu suspek dengan bantuan Polis Kontinjen Melaka serta Bukit Aman dan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur sehingga ke Jalan Chan Sow Lin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Carian Google

Namun, suspek meloloskan diri apabila kenderaan dipandunya ‘memanjat’ tebing yang tidak boleh dilalui kenderaan polis sebelum memandu melawan arus.

“Suspek kemudian menghilangkan diri. Usaha mengesan pemandu dan kenderaan pacuan empat roda terbabit masih giat dijalankan,” ujarnya.

Justeru beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kenderaan dan suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Beliau memberitahu, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd