Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lapan Maut Selepas Alza Dinaiki Bertembung 4WD Di Lebuhraya Pan-Borneo Sarikei-Sibu

Lapan individu termasuk tujuh warga asing maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) model Perodua Alza yang dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di Lebuhraya Pan-Borneo Sarikei-Sibu, petang semalam.

Foto: The Borneo Post

Menurut laporan BH Online, jjurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata seorang mangsa adalah warga tempatan manakala tujuh lagi warganegara Indonesia yang menaiki Perodua Alza disahkan maut oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Dua lagi mangsa turut dilaporkan tercampak dari kenderaan yang dinaiki,” katanya,

Dua lagi mangsa yang menaiki 4WD dilaporkan mengalami kecederaan dan dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada KKM bagi mendapatkan rawatan awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden pada jam 3.40 petang bagi menjalankan misi mengeluarkan mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan.

Setibanya pasukan bomba di lokasi, mereka bertindak mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Kesemua mangsa yang tersepit telah disahkan meninggal oleh pihak KKM yang menjalankan pemeriksaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 5.50 petang selepas memastikan keadaan selamat sepenuhnya.

Sumber: Berita Harian (Erika George)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd