Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mahkamah Perintah Muhyiddin Bayar Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Lim Guan Eng

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membayar ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kerana memfitnah bekas Menteri Kewangan itu berkaitan menyalahgunakan kuasa dalam isu pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain dalam penghakimannya memutuskan bahawa jumlah tersebut merangkumi RM1.05 juta sebagai ganti rugi am, manakala baki RM350,000 adalah untuk ganti rugi teruk dan teladan.

Foto: Kosmo!

Kes ini bermula apabila bekas Perdana Menteri itu membuat beberapa hantaran di Facebook pada 9, 11 dan 12 Mac 2023 yang didakwa memfitnah Guan Eng berkaitan isu pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memfailkan saman pada 27 Mac 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pertimbangannya, mahkamah mendapati kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin adalah tidak berasas dan tidak benar. Pesuruhjaya Kehakiman menolak hujahan pihak pembela bahawa bahasa yang digunakan tidak bersifat mengapi-apikan, sebaliknya mendapati kenyataan tersebut berpotensi menimbulkan sentimen perkauman.

“Mahkamah ini tidak dapat menerima hujahan sedemikian kerana konteks kenyataan fitnah adalah dalam maksud semula jadi dan biasa menimbulkan sentimen perkauman,” katanya.

MYAirline: Muhyiddin sangkal dakwaan terlibat sama - Kosmo Digital

Foto: Kosmo!

Mahkamah juga menegaskan bahawa Muhyiddin sepatutnya mengesahkan fakta-fakta terlebih dahulu memandangkan beliau mempunyai akses kepada sumber-sumber berkaitan, tetapi gagal berbuat demikian sebelum membuat kenyataan yang bersifat fitnah terhadap Guan Eng.

Terdahulu, Guan Eng mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman terhadap Muhyiddin setelah didakwa membuat kenyataan fitnah di akaun Facebook beliau pada 9,11 dan Mac 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut, kenyataan berkenaan menuduh beliau menggunakan kedudukan secara salah untuk mengarah LHDN mengenakan cukai dan penalti ke atas Yayasan Albukhary.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohd Ali)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd