Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia Mahu Sediakan Platform Perbincangan Konstruktif

Malaysia berhasrat untuk menyediakan platform serta ruang perbincangan konstruktif yang terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN 2025.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia sebagai pendekatan dan langkah ASEAN dalam mendepan cabaran geopolitik, keselamatan dan pertahanan yang lebih mencabar di peringat global.

Kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia mahu sediakan platform untuk rakan dialog strategik

Kepengerusian ASEAN 2025

Katanya, dengan tema ASEAN Unity for Security and Prosperity, Malaysia bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN dengan efektif dan berkesan buat setiap negara anggota demi terus memelihara kestabilan dan keselamatan serantau.

“Adalah menjadi tekad Malaysia untuk meneruskan segala pencapaian yang membawa ASEAN ke tahap yang lebih tinggi sekaligus membawa manfaat kepada setiap komuniti negara-negara anggota dan kesejahteraan serantau,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Kepengerusian ASEAN 2025

Mohamed Khaled yang kini berada di Vientiane, Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-18 dan ADMM-Plus ke-11 yang berakhir semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan pada akhir mesyuarat itu, Laos turut menyerahkan kepengerusian ADMM dan ADMM-Plus kepada Malaysia yang turut disaksikan oleh ketua delegasi setiap negara yang hadir pada mesyuarat itu.

Artikel lain: Perkukuh Visi Bandar CHASE, Inisiatif Bandar Pintar Tingkat Naik Taraf Hidup Rakyat Di Wilayah Persekutuan

“Tahun 2025 menjadi tahun yang begitu bermakna buat Malaysia. Bukan sahaja kerana Malaysia akan mempengerusikan ASEAN, bahkan ia merupakan ulang tahun ke-10 penubuhan Komuniti ASEAN, malah Malaysia akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045,” ujarnya.

Kepengerusian ASEAN 2025

Sekadar info, Malaysia telah memegang tampuk kepengerusian ASEAN pada tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015 yang menyaksikan Malaysia memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kerjasama serantau dan mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN.

Sumber: Facebook Khaled Nordin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd