Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ziarah Kubur Boleh, Asalkan Tak Buat Perbuatan Syirik & Khurafat – Mufti Kelantan

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan agar orang awam menjaga tingkah laku apabila sedang ziarah kubur dan tidak melakukan perkara yang boleh memesongkan akidah.

Jangan lakukan perbuatan syirik atau khurafat ketika ziarah kubur

Ziarah Kubur

Foto: Berita Harian

Beliau berkata orang awam dibenarkan menziarahi tanah perkuburan selagi mana tidak lari daripada tujuan asal serta tidak melakukan sebarang perbuatan syirik atau khurafat.

Shukri menjelaskan menziarahi kubur merupakan satu amalan untuk umat Islam sentiasa menginsafi diri, mendoakan kesejahteraan arwah, dan mengingati kematian.

“Tidak ada masalah jika orang ramai datang untuk menyampaikan ucapan takziah, mendoakan Allahyarham dan memberi sokongan moral kepada keluarga. Tindakan ziarah kubur itu sunat.
“Kita boleh ziarah kubur seperti biasa, asalkan tidak memberi apa-apa nilai tambah yang boleh membawa kepada perbuatan syirik atau khurafat,” kata Shukri, baru-baru ini.

Terdahulu, media melaporkan kubur Allahyarham Nurly Sahirah Azman yang merupakan mangsa nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, dipasang pengadang oleh keluarganya setelah terdapat individu tidak bertanggungjawab cuba mencemarkan kesucian pusara arwah.

Menurut abang arwah, Mohd Najmuddin Azman, 28, pihak keluarga terpaksa mengambil tindakan memasang tali bagi menghindari sebarang perkara tidak baik dilakukan oleh mereka yang berkunjung ke pusara adiknya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: TRDI News

Dalam pada itu, Shukri menjelaskan tindakan keluarga Allahyarham Nurly  memasang pengadang di kawasan kubur merupakan satu tindakan wajar bagi menelakkan berlakunya perkara khurafat.

“Tindakan itu menutup pintu dari awal lagi supaya tidak terdedah kepada kerosakan atau tindakan khurafat sebelum ia berlaku.
“Itu tidak mengapa kerana ia juga bertujuan mengelakkan haiwan liar seperti kerbau daripada masuk ke kawasan berkenaan,” jelasnya.

Namun begitu, beliau menegaskan umat Islam tidak boleh sesuka hati menghukum perbuatan seseorang itu sebagai syirik tanpa mempunyai fakta atau bukti yang jelas.

Artikel lain: “Mohon ampun dengan Allah” -Bapa Nurly Tegur Tindakan Ambil Tanah Kubur Buat Azimat

Untuk rekod, Allahyarham Nurly Sahirah, 23, merupakan seorang hafizah al-Quran yang terkorban dalam nahas tragis membabitkan sebuah bas membawa pelajar UPSI, terbabas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.

Sumber: Sinar Harian (Mukhriz Mat Husin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Rakaman aktiviti membeli-belah di Mydin oleh pengguna TikTok @lifewith5rose menjadi tular selepas aksi suami kepada wanita itu menarik perhatian ramai. Dalam video berkenaan, si...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd