Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Sebak Anak Ditemukan Lemas, Terjatuh Dalam Terusan- “Allah Pinjamkan Dia Enam Tahun..”

Seorang ibu melalui detik paling meruntun jiwa apabila anak bongsunya Muhammad Aryan Hakim Muhammad Jamaluddin, 6, ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam terusan Sungai Dua di Jalan Bertam Perdana 2, Kepala Batas petang semalam.

Menurut laporan Malaysia Gazette, ibu mangsa Safiza Awang Kechik, 40, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu ketika sedang bekerja di Juru selepas menerima panggilan daripada suaminya yang memaklumkan insiden menimpa anak mereka.

Safiza berkata, hari kejadian bermula seperti biasa apabila anaknya keluar bermain di kawasan taman perumahan, tanpa sebarang petanda sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Memang tak sangka kerana Aryan bukan jenis keluar jauh, sebaliknya hanya bermain di taman. Ini juga kali pertama anak bongsu saya daripada empat beradik itu ke kawasan terusan berkenaan.
“Petang tadi, abahnya keluar mencari dia di taman, namun tidak menyedari basikalnya berada di kawasan terusan sebelum dimaklumkan rakan-rakan taman perumahan bahawa anak kami terjatuh ke dalam terusan.
“Sebaik menerima maklumat itu, kira-kira jam 4 petang, dia (bapa mangsa) terus ke lokasi yang terletak tidak jauh dari rumah dan ketika itu bomba sedang menjalankan operasi mencari sebelum menemui anak kami tidak lama kemudian,” katanya.

Dalam nada sebak, Safiza berkata, tetap reda dengan ketentuan Ilahi meskipun kehilangan itu amat berat untuk ditanggung.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Allah pinjamkan dia enam tahun. Saya tak kuat, tapi saya reda kerana dia bukan milik saya, sebaliknya hak Allah yang diambil semula.
“Hari ini lebih menyedihkan kerana Aryan pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi anggota bomba dan tak sangka bomba yang menyelamatkan dia pada hari terakhirnya,” ujarnya.

Jenazah kanak-kanak itu akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Kepala Batas sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Pinang Tunggal hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lemas selepas terjatuh ke dalam terusan sedalam kira-kira lima meter ketika bermain di kawasan gigi air bersama seorang rakan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.29 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat digerakkan.

“Pasukan bomba terjun ke dalam terusan untuk menyelamatkan mangsa dan memberi rawatan awal (CPR), namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mayat mangsa ditemui hanyut kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd