Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Zahid Hamidi Tampil Bidas KJ, Nafi UMNO Ambil Kesempatan Dalam Kerajaan

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menafikan kritikan terhadap parti tersebut yang dianggap mengambil kesempatan dalam kerajaan Perpaduan.

Menerusi laporan Harian Metro, timbalan perdana menteri itu menyelar kritikan yang telah dibuat oleh bekas pemuda parti berkenaan iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) yang mendakwa kepimpinan UMNO sebagai ‘biawak hidup’ dalam kerajaan.

Foto: Kosmo ! Online

Zahid berkata, kritikan daripada pelbagai pihak pasti akan timbul setiap kali kerajaan berusaha untuk melakukan pembaharuan termasuklah sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“PADU dilancarkan bagi memastikan subsidi sampai kepada mereka yang menjadi sasaran. Tetapi sebaik sahaja ia dilancarkan, wujud kebencian yang mendakwa data peribadi akan digunakan oleh kerajaan,” katanya.

Di samping itu, beliau turut mengulas kritikan tersebut dengan menganggap sebanyak 22 peratus golongan anti-establishment merupakan cabaran bagi pihak kerajaan dalam menjalankan pembaharuan.

“Semua yang baharu pasti ada cabarannya, dan cabaran itu adalah kita tahu 22 peratus termasuk dalam golongan anti- establishment,” ujarnya.

Foto: The Star

Terdahulu, Khairy mengutarakan persoalan mengenai persepsi tentang sejauh mana kerajaan terhalang atau dibebani oleh UMNO, sekali gus menyamakan parti itu sebagai ‘biawak hidup’ dalam kerajaan Perpaduan.

Podcast tersebut dikendalikan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian serta tetamu undangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sumber : Harian Metro (Norzamira Che Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd