Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

YG Entertainment Ambil Tindakan Individu Sebar Foto Peribadi Jennie -“Polis Akan Siasat”

Sebelum ini, tular di laman sosial foto mesra selebriti Korea Selatan, Jennie Blackpink dan V Bangtan Boy (BTS) telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen terutamanya peminat.

Mana tidaknya, ada yang mendakwa terdapat individu yang mengodam iCloud milik Jennie sehingga gambar peribadinya tersebar luas di media sosial.

 

Susulan itu, menurut laporan Koreaboo, YG Entertainment memaklumkan akan mengambil tindakan kepada individu pertama yang tidak bertanggungjawab itu menyebarkan foto peribadi Jennie.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami secara rasmi telah meminta pihak polis untuk menyiasat pengedar asal foto peribadi Jennie Blackpink.
“Pihak kami juga telah memantau kes ini dan menyerahkan aduan pada September lalu selepas mengumpul beberapa maklumat yang diterima,” jelas pihak pengurusan itu.

Bukan itu sahaja, kejadian itu telah menyebabkan pelbagai fitnah dan pelanggaran privasi telah berlaku susulan pihaknya sebelum ini mendiamkan diri daripada memberi sebarang kenyataan.

Bagaimanapun, mereka menegaskan fitnah dan pelanggaran privasi adalah kesalahan pertama dan menyebarkan foto peribadi Jennie adalah kesalahan kedua serta bergantung kepada hukuman undang-undang.

“Kami benar-benar meminta anda untuk mengelakkan perkongsian foto peribadi secara melulu,” tambah mereka lagi.

Sumber:Koreaboo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kumpulan Bunkface mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani buat kali pertama dalam program dialog anak muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala...

Sukan

Pemain badminton Indonesia, Syabda Perkasa, 21, dilaporkan meninggal dunia dalam satu nahas kemalangan yang berlaku di Pemalang, Jawa Tengah, pada awal pagi Isnin. Tragedi...

Spotlight

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum ini dilaporkan semakin sihat. Menurut laporan BH Online, namun...

Dunia

Pada awal Januari lalu, seorang remaja perempuan Singapura diejek oleh sesetengah netizen kerana berkongsi video menzahirkan rasa gembira menerima beg berjenama pertamanya dari bapa...

Advertisement