Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Warga Asing Buat Ancaman Di Midvalley Southkey JB, Minta Henti Sokong Palestin

Tular di media sosial apabila pengunjung sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru diminta untuk mengosongkan bangunan tersebut susulan terdapat ancaman daripada seseorang.

Telefon kata ada ancaman bom

Memetik laporan dari Berita Harian, situasi panik tersebut terjadi apabila pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan  dan hotel telah menerima panggilan ancaman bom daripada seorang lelaki dipercayai warga asing.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan yang pihaknya menerima panggilan daripada pihak pengurusan bangunan itu sekitar jam 6.10 petang menyatakan tentang ancaman keselamatan tersebut.

“Pihak pengurusan menerima panggilan pada jam 5.38 petang. Pemanggil mengaku dari luar negara dan dia dakwa ada meletakkan bom di beberapa kawasan sekitar pusat beli-belah dan hotel berkenaan.
“Pemanggil ada berkata sesuatu. Ini kali pertama kita dapat laporan berkaitan ancaman seperti ini,” katanya.

henti sokong palestin

Minta henti sokong Palestin, bangunan dikosongkan

Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah mengatur tindakan bagi mengesan keberadaan bom yang diperkatakan oleh individu terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Para pengunjung dan pekerja pusat beli-belah serta penghuni hotel hotel diarahkan untuk mengosongkan bangunan tersebut dalam kadar segera.

Sehingga jam 9 malam, polis mengesahkan kawasan tempat letak kereta pusat beli-belah ini adalah selamat dan tidak menemui sebarang perkara seperti didakwa.

“Jam 9.15 malam, kita benarkan pemilik kenderaan untuk mengambil semula kenderaan mereka dan mengosongkan tempat letak kenderaan.
“Sepanjang insiden ini, anggaran 9,000 pengunjung dan pekerja berada di lokasi dengan 4,000 kenderaan. Sementara di hotel terdapat 892 penghuni yang menggunakan 463 bilik,” katanya.

 

henti sokong palestin

Polis kesan individu buat panggilan suruh henti sokong Palestin

Beliau berkata, polis kini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan lokasi panggilan dibuat serta identiti pemanggil terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam operasi berkenaan, seramai 12 pegawai kanan polis dan 60 pegawai rendah polis ditugaskan di lokasi kejadian selain dibantu dua Unit K9 polis dan 24 pegawai serta anggota bomba bersama tiga jentera.

Menerusi ciapan yang dibuat wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap, warga asing yang membuat panggilan tersebut ada meminta agar henti sokong Palestin sekali gus membuat ancaman bom di MidValley Southkey Johor Bahru.

Artikel lain: Rakyat Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Palestin

Kosongkan bangunan untuk keselamatan pengunjung

Susulan daripada itu, pihak Midvalley Southkey telah memuat naik satu kenyataan dengan kejadian tersebut. Mereka juga memaklumkan setakat ini pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan tindakan meminta orang ramai mengosongkan bangunan adalah demi keselamatan.

henti sokong palestin

Sumber: Berita Harian (Izz Laily Hussein), X Mohd Redzuan Abdul Manap

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd