Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Curi Beg Milik Anggota Bomba, Beri Alasan Pinjam ‘Power bank’

Sikap tidak beretika seorang wanita yang dengan beraninya mencuri di sebuah balai bomba sukarela di Bagan Ajam, Pulau Pinang tular apabila aksi tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada Ahad lalu.

Foto: FB Persatuan Bomba Sukarela Bagan Ajam Butterworth Pulau Pinang

Menurut laporan Majoriti, video kejadian telah dimuat naik ke laman Facebook Persatuan Bomba Sukarela Bagan Ajam Butterworth Pulau Pinang pada hari sama.

Dalam rakaman berkenaan, wanita terbabit dilihat menunggang motosikal dan memasuki kawasan balai bomba berkenaan. Dia yang memakai topi keledar serta berbaju merah, bertindak memerhati keadaan sekeliling sebelum berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut dipercayai bagi meninjau barangan yang boleh dicuri.

Menariknya, selepas beberapa seketika suspek dilihat keluar semula dari bangunan dan mengalihkan motosikalnya ke luar kawasan premis, dipercayai bagi mengelakkan kehadirannya dikesan.

Tanpa rasa bersalah, wanita itu kemudian masuk semula ke dalam bangunan dan terus mengambil sebuah beg sandang yang diletakkan di atas meja di dalam salah satu bilik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Persatuan Bomba Sukarela Bagan Ajam Butterworth Pulau Pinang

Apa yang mengejutkan, seorang individu dipercayai anggota bomba sukarela kelihatan sedang nyenyak tidur di atas sofa bersebelahan meja tempat beg tersebut berada.

Berdasarkan maklumat awal, beg yang dicuri itu merupakan milik salah seorang anggota bertugas di balai tersebut.

Selepas mendapatkan beg tersebut, wanita itu segera melarikan diri dari lokasi kejadian.

Menurut pihak Persatuan Bomba Sukarela Bagan Ajam, satu laporan polis telah pun dibuat akan tetapi jumlah kerugian yang dialami tidak dinyatakan dalam kenyataan awal tersebut.

Dalam perkembangan terkini yang dikongsikan menerusi hantaran Facebook pada Isnin, wanita tersebut dilaporkan telah berjaya ditahan oleh pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terima Kasih PDRM suspek wanita sudah ditangkap. Dia bagi tahu polis dia nak pinjam power bank .
“Macam ini cara nak pinjam power bank??? Aduh dik. Benda kalau mintak itu pinjam. Kalau ambil cara macam ini sudah dikira curi bukan pinjam,” tulis hantaran berkenaan.

Setakat ini polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dengan insiden tersebut.

Sumber: Majoriti (Amnnan Hibrahim)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd