Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Yang Penting Halal..”-Pemuda Tak Malu Kerja Kutip Sampah, Buat Dua Kerja Demi Sara Keluarga

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Facebook Storiemy, Wan yang kini berusia 23 tahun memaklumkan dia sudah empat tahun bekerja sebagai pengutip sampah di sekitar Kuantan selain melakukan kerja sambilan di sebuah kedai makan bagi menampung keperluan harian.

“Umur saya sekarang 23 tahun. Saya bekerja sebagai pengutip sampah dah empat tahun.
“Saya ada dua kerja. Satu lagi sebagai part time di kedai makan.
“Umur 15 tahun saya dah mula bekerja. Keluarga ada masalah sedikit. Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti sekolah dan bantu keluarga.
“Saya memilih untuk hadapi semua ini demi keluarga saya. Saya ada tiga orang adik yang masih bersekolah.
“Saya nak mereka habiskan pelajaran. Saya tak habis tidak mengapa,”katanya.

Menurutnya, keputusan meninggalkan persekolahan dibuat demi memastikan adik-beradiknya dapat meneruskan pendidikan tanpa beban kewangan.

Wan berkata, dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan yang halal selagi tidak menyusahkan orang lain dan mampu meringankan beban kedua ibu bapanya.

“Saya buat apa saja kerja. Yang penting halal dan tak ganggu orang. Yang penting, dekatkan diri dengan Allah.
“Ibu bapa adalah satu semangat dan motivasi untuk saya teruskan kehidupan. Janji boleh ringankan beban mereka,”ujarnya.

Sumber: FB Storiemy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Nurul Hidarina meluahkan dakwaan berhubung gangguan berulang yang dialami keluarganya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Khamis, yang menurutnya...

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Lokal

Penantian lebih sedekad akhirnya berbalas apabila seorang pegawai tadbir negeri berjaya merealisasikan impian lamanya untuk bergelar jutawan selepas diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd