Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

James Chai Tiba Di Ibu Pejabat SPRM, Hadir Untuk Dirakam Keterangan

Selepas tempoh dua bulan menjadi perhatian, penganalisis politik, James Chai akhirnya hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Tiba untuk rakam keterangan

Memetik laporan Harian Metro, bekas pembantu kepada bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli itu tiba kira-kira jam 9.59 pagi bagi membantu siasatan berkaitan projek semikonduktor bernilai RM1.11 bilion yang mendapat sokongan kerajaan.

Chai yang kini menetap di London dilihat mengenakan pakaian putih dan duduk di bahagian penumpang sebuah Proton Pesona sebelum memasuki bangunan SPRM bersama beberapa individu lain. Bagaimanapun, identiti mereka sama ada peguam atau ahli keluarga tidak dapat dipastikan.

Sejak awal Mac, SPRM giat mengesan Chai dan telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu bagi menjejakinya. Susulan itu, pihaknya menerima surat daripada peguam Chai bertarikh 9 Mac yang menyatakan beliau tidak dapat hadir memberi keterangan atas faktor kos penerbangan serta komitmen kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agensi itu kemudian membalas melalui surat bertarikh 13 Mac dengan memberi lanjutan sehingga 31 Mac untuk beliau hadir, namun tiada maklum balas diterima. SPRM seterusnya menetapkan tempoh dua minggu untuk kehadiran Chai, malah menyatakan kesediaan menanggung kos penerbangan pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama, SPRM turut memaklumkan kemungkinan mendapatkan bantuan saluran antarabangsa termasuk INTERPOL atau agensi penguatkuasaan luar negara bagi memastikan kehadiran Chai jika diperlukan.

Setakat ini, seramai 17 saksi telah dirakam percakapan melibatkan pegawai daripada Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sebelum ini, ketika dirinya menjadi buruan, Chai mengkritik SPRM kerana didakwa menggambarkan seolah-olah beliau bersembunyi bagi mengelak siasatan. Menurutnya, naratif itu memberi persepsi bahawa beliau seperti seorang pelarian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan berkaitan, Chai dijangka diambil keterangan sekitar jam 10 pagi esok di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes sama.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebelum ini mengesahkan bahawa kepulangan Chai telah dimaklumkan kepada pihaknya.

“Saya dimaklumkan pegawai penyiasat dia (Chai) sudah membeli sendiri tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia.
Dia hanya perlu hadir untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut dijalankan SPRM. Kita menantikan kepulangannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel lain: Insiden Anak Rafizi : KPN Dedah Identiti Suspek Sukar Dikenal Pasti, CCTV Tak Jelas

Dalam pada itu, firma guaman Kesavan Advocates and Solicitors yang mewakili Chai memaklumkan semua urusan kepulangan telah disusun selepas mendapat kelulusan majikannya di London.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut firma berkenaan, pihak mereka juga sedang berhubung dengan SPRM bagi melancarkan proses siasatan.

Sumber: Harian Metro (Ilah Hafiz Aziz)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Sosial

Seorang lelaki dikenali sebagai Rozaizar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tindakannya memaki hamun anggota bomba dalam satu video tular di media sosial...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd